Gambar atas .. Hari ke 2 atau 3 ..Berat , 3.75kg .. Panjang 52 cm
Bawah ni , hari ke 20.. , 4.54.5kg.. Panjang , aku tak ukur lagi. Tunggu sebulan usia baru check balik segalanya..
Hurm...
Alhamdulillah.. Ayah aku dah semakin pulih dari pembedahan dia ari tu. Semalam , dah buang alat .. er apa nama eh ? Aku dengar nurse sebut … Trakea ? Haaa.. Yang letak kat leher dia tu.. Air liur atau kahak akan keluar kat situ.. Hee.. Jangan geli ..
Gambar contoh amik kat internet .. kot la ada yang tak paham ..
Ayah aku cakap mungkin minggu depan keluar .. Pastu kena ada rawatan lanjutan .. Hurm.. Nak try rawatan alternatif lak pasni .. hurmm..
Dan bila dengar segalanya dah ok .. Aku bolehlah kembali ke Kelantan esok dengan tenangnya hati.. Huhuh.. Plannya nak bertolak lepas subuh dan menghala ke Universiti Malaysia Pahang. Nak gi jemput adik ipar kat sana pastu jenjalan kat Terengganu sebelum terus ke Kelantan.. InshaAllah..
Doakan perjalanan kami yer .. selamat pergi dan selamat pulang ..
Serius , aku takde selera nak makan bila family aku jauh dari mata ! Huk , hukkkkk ..
Pagi pagi .. kekadang jer .. Kekadang tak makan .. Kalau ada selera , ke kedai mamak ..
Atau ..
Atau roti dengan susu kambing nutri goat ..
Kalau ada selera , gi makan nasi pataya dengan sup cendawan ..
Nak sedap sikit .. Mee goreng kambing .. Heeee ..
Kalau ada kawan kawan .. Joooommmm mee udang !!
Sedap kooo bila layan mee udang ..
Tapi.. nampak je berselera .. walhal , tak rasa apa pon bila makan semua ni .. Rindu sangat kat diorang .. huhuh..
Esok balik Kelantan !!!
Ke Low Yat Plaza ari ni .. Tujuan nak cari lens filter , screen proctector untuk Sony Alpha 5000 aku. Ok , korang kena carik betul betul kat sini.. Korang akan jumpa macam macam harga .. Haaa.. Nak selamat , cari kedai kedai yang terperosok skit. Yang kat tepi tepi , luar luar tu.. mmg giler tekan punya ! Ok tu , cerita lain ..
Cerita aku untuk kali ni , pasal Kafe Peranakan Place ni. Rasanya masa aku datang dulu , tak nampak lagi kedai ni.. Asik asik pi makan kat Nasi Ayam Noor yang harganya , oh noooo ! Harap pakai sendat jer laa .. heee .. Nak cuci mata tambah dosa , boleh laa ..
Ok , memandangkan aku dah bawak kamera aku ni .. maka nak cari kedai untuk buat review sekali laa .. Aku pilih kedai peranakan ni sebab teringat Mat Gebu yang berdarah peranakan ni.. Aku berdarah Pan Asian .. Tak sama yer kitorang !
Di sini , ada masakan yang bukan ala barat la.. Ada mee dan nasi . Macam macam jenis ada .. Kalau datang awal pagi , pastinya nak makan berat tu ,tak kena dek tekak laa..
Jadi aku pilih …
Hurmm.. Apa namanya eh ? Lupa lak aku .. Kantonese yee mee kot ? Rasanya laa.. memang feveret aku ni .. Sedap tak yang ni ? Hurmm.. Aku bagi 2.5 bintang dari 5 bintang ..
Ahaaa.. aku amik cendol durian untuk pemanis mulut.. Sedap tak ? Hurmm… Ok gak laa.. Mungkin aku tengah mood gadget , jadi rasa nak makan sangat tu , kurang skit. Lebih pada nak isi perut je la .. heee ..
Harga ? Tak mahal sangat laa.. Kira harga harga setaraf cafe cafe gitu la.. Kiranya cam cendol ni , tepi jalan murah lagi la.. heeee.. Terus terang ni ! Haaa…
Di Bandar Tasik Permaisuri. Kebetulan berhenti depan traffic light. Ada sebuah kereta Proton Perdana yang lama tu.. betul betul bergerak di sebelah kiri kereta aku.
Tiba-tiba aku terdengar satu bunyi kuat.
“ Hurmm… ada lubang la tuuu .. Malang la kereta tu “. Bisik hati aku..
Dan kereta tu berhenti betul betul sebelah aku. Aku pelik sebab dia boleh majukan lagi kereta dia ke hadapan tapi dibiarkan kosong gitu..
Aku pandang ke kereta tu tapi tak nampak apa apa .. Gelap dek kerana cermin kereta dia tu .. Tak tau la pemandu lelaki ke perempuan ke , muda ke tua ke .. Biar je laa..
Lampu hijau.. Aku gerakkan perlahan.. Risau gak la kot kot spy ke .. Dok follow aku kan ? Mana laa tau .. Zaman ni , lelaki kacak sering diculik.. Haaaa ..
Kereta tu , tak bergerak lagi !
“ Amboi.. tak tau mana nak pergi ke ?? “ . Getus hati aku.
Aku pandang cermin sisi aku .. Kelihatan seorang lelaki keluar dari kereta tu. Aku nampak tayar kereta tu terkeluar dari kedudukannya ..
Errr.. patah kot dia punya .. er , apa nama dia.. spring ? Huhuh…Kesiann …
Bila coklat tu ada DNA babi , ramai muntah darah dan mencaci maki pengeluar coklat tu termasuklah si perokok. Tapi si perokok ni merosakkan diri sendiri dan orang lain , tak pulak dia sedar ???
Eh , mereka sedar !! Tapi mereka tak tau camana nak berhenti dari merokok . Bayangkan alasan sama digunakan oleh pengemar coklat sedap tu ! Bolehkah kita menerimanya ?
Walhal dah bagi diberitahu dah !!
Ada sapa sapa amik tindakan ?
Hurm..
Heeeee .. Nak buat apa semua semua ni ?? Haaaa .. Ada banyak kegunaannya wooo ! Nak aku cerita ? Heeee.. Nanti aku cerita kat korang eh kelebihan setiap produk !
Terima kasih Cosmoderm !
Tak sempat nak explore SONY ALPHA 5000 aku tu… Bila dah berpeluang ( sementara big boss cuti di Kelantan ) , maka aku gunakan sebaik baiknya semalam ..
Best sebenarnya guna SONY ALPHA 5000 ni .. mudah nak usung ke sana sini dan cepat dia fokus untuk amik gambar .. Kalau korang pandai main manual , gambar confirm berganda cantik dari guna auto . Aku malas nak guna manual .. err , ok ok.. tak berapa reti sangat .. Malas nak belajar .. Heee ..
Guna monopod ? Heee… Tak minat ! Kamera sekarang ni macam macam dah ada kelebihannya , tapi ramai je tak reti nak guna atau malas nak studi pasalnya .. Walhal kalau bukak manual atau google tips dan tricks , confirm ternganga punya.