Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 21 Mac 2014

SONY ALPHA 5000 PILIHAN KU

 

Setiap saat adalah penting buat seorang blogger. Blogger perlu bersiap sedia dengan kamera agar detik atau kenangan itu tidak terlepas begitu saja.

Nak usung kamera Dslr yang besar dan berat tu , semakin mustahil buat aku apatah lagi aku dah ada rekod sejarah kehilangan kamera akibat kecuaian sendiri. Tu cerita lama .. Maklumlah , aku kena dukung anak skang ni..

Ok .. kenapa aku tertarik pada Sony Alpha5000 ni ? Kali pertama aku menyentuhnya utk buat review mengenai kamera ni , aku teruja dengan keringanannya.. Ringan ok !! Sebelah tangan je untuk amik gambar ! Maka senang nak berselfie .. Maklumlah , konsep selfie skang amat top.. Kiranya nak bagitau dunia yang dia ada kat situ dah ! Haaaa.. hehehe .. Dan aku terpengaruh gak bab selfie ni.. heee..

clip_image001

clip_image002

clip_image003

Nak buat selfie ni , tak susah pun guna kamera ni.. Naikkan je skrin dia ke 180°.. Haa.. Pastu klik ! Settle ! Kenangan tercipta.. hehehe ..

Part lain yang aku suka ialah kepantasannya menangkap gambar. Aku tak tau la dalam bahasa kamera dipanggil apa. Aku bukanlah ‘orang kamera’ .Aku cuma tau pakai jer. Walaupun dah belajar dulu tapi aku tak ingat dah…

Kepantasan shutter ketika mengambil gambar adalah sangat penting buat aku .. Kenapa ? Setiap detik tidak dapat dikembalikan ..

clip_image004

clip_image005

clip_image006 clip_image008

Dan anak kecil pun mampu gunakan tanpa sebarang masalah .. Tengok skrin dan klik ! Tu diaaa hasilnya .. Gambar bawah ni , diambil oleh salah seorang anak pemain bola futsal ni .. Bawah umur pegang kamera ? Perghh.. rileks je dia tekan butang dan hasilnya amat aku puashati ..

clip_image009

Bagaimana pula dengan fotografi permandangan ? Ok.. Gambar ni aku cuma guna auto setting jer.. Aku saja guna auto sebab kamera ni pon pasti ramai mereka yang amatur berminat untuk gunakannya terutama mereka yang tak beberapa berminat nak gunakan setting manual ..

clip_image010

clip_image011

clip_image013

clip_image014

Sangat menarik dan mengujakan hinggakan apa saja aku nampak , semua aku nak abadikan dalam kamera ni ..

Bagaimana pulak dalam keadaan gelap ? Biasanya kamera ni bila dalam keadaan gelap , kena guna flash . Kalau yang guna telefon pintar ,confirm gagal dapat nak snap gambar ! Hurmmm ..

Tapi dengan Sony Alpha5000 , tiada masalah bila bergambar di lokasi yang mana cahayanya rendah (low light ) terutama dalam bilik gelap atau malam hari ! Dan gambar gambar yang diambil mengunakan format AUTO dan juga lens yang asas jer.. Bayangkan jika korang mahir  guna setting manual ! Tentu lebih cantik gambarnya , kan ?

clip_image015

clip_image016

clip_image017

clip_image018

clip_image019

clip_image020

Sony Alpha5000 ni boleh tukar tukar lens gak.. Menarik sangat !

Ok , ni part menarik mengenai SONY ALPHA 5000 ! Penggunaan WIRELESS utk penghantaran gambar ke telefon pintar mahupun ke komputer korang !

Dengan memuat turun aplikasi PlayMemories Camera Apps bagi telefon pintar Android korang akan dapat mengguakan fungsi Wireless dengan sepenuhnya contohnya penghantaran gambar dan juga kawalan pintar kamera ! Tak perlu dah nak guna usb kabel andai berada di kawasan terbuka.

Pantas ke penghantaran file gambar tu ??

 

Perghhh.. Sangat laju !! Sekejap je download semua gambar yang ada di dalam kamera ke telefon pintar mahupun komputer ! Yang penting mesti ada Wifi pada telefon pintar mahupun komputer. Heheheh.. Mesti la ada kan !!

Camana pulak kawalan kamera melalui telefon pintar ? Dengan menggunakan aplikasi ‘Smart Remote Embedded’ , korang boleh kawal kamera tu melalui telefon pintar yang dah punya aplikasi tersebut !

Contohnya pada gambar di bawah ni.. Kamera dihalakan pada laptop dan di telefon pintar aku tu , terpampang visual yang diambil oleh kamera Sony Alpha5000 tuu .. Menarik ? Tentulaaahhhh ..

Photo

Ok .. setelah aku tunjuk semua gambar gambar yang aku amik ni tanpa sebarang edit melainkan aku letak watermark , pasti korang nak tau spesifikasinya kan ?

clip_image024

  • 20.1MP Exmor® APS-C sensor
  • sambungan Wi-Fi® ke smartphones via NFC
  • Ultra-fast AF with BIONZ® X enjin pemproses
  • Ditingkatkan hingga ISO 16000 sensitivity
  • Mudah  portraits sendiri via 180° tilting LCD screen
  • Full HD 1080/60i/24p video
  • Built-in pop-up flash
  • Up to 4 FPS shooting

Amacam ? Ok .. aku terus terang , aku dah pon membelinya satu ! Aku mmg perlukan kamera sebegini ..

clip_image025

clip_image026

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kamera ni , sila ke http://bit.ly/1m4lW75

7 komen :

Joanna Yunus berkata... [Reply to comment]

berapa RM???

shehan ismail berkata... [Reply to comment]

dah tertarik sjk hr tu lg. hrga dia around 1500 kn? aduuiii.. kebetulan plak lens epl3 buat hal. aduyaii. mgoda perasaan lah sony nih.

Nora Aischah berkata... [Reply to comment]

Bleh selfie n ada wifi..menarik ni

Farah Waheda Wahid berkata... [Reply to comment]

tetiba terjatuh cinta dengan sony alpha sebab gambar dia sangat jelas dan menarik... thanks for sharing abang ben...

SK SERI KUALA berkata... [Reply to comment]

macam menarik Sony alpha ni.

Cikgu Norazimah berkata... [Reply to comment]

habis dah tergoda dengan kamera ni, thanks for sharing ;)

Cikgu Norazimah berkata... [Reply to comment]

habis dah tergoda dengan kamera ni, thanks for sharing ;)

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI