Wow ! Panjang tajuk ! Heeee.. Tajuk yang pastinya hangat ! Confirm hangat ! Dulu aku pernah persoalkan isu ni dan menjadi bualan di satu group FB .. Aku rasa mungkin mereka salah faham dengan niat aku mempersoalkan perbuatan tu ..
Isu yang aku bangkitkan adalah sangat simple.. Bergambar sambil menyusu anak kemudian upload ke media sosial atau masuk pertandingan ! Apakah ‘ok’ bagi anda atau sebaliknya ?
Aku up isu ni di FB .. Macam macam pendapat ada termasuklah rakan rakan lelaki memberi pandangan peribadi mereka ! Pandangan dari rakan lelaki ni sebenarnya penting.. Biar ibu ibu atau wanita wanita di luar sana tahu apa yang ada di kepala otak lelaki.. Bukan mudah nak ‘jinakkan’ lelaki terutama yang masih mentah ni.. Yang dah kawin dan punya anak , mungkin dah tak kisah.. tapi yang baru nak jadi dewasa ni .. Haaa ..
“ Lebih banyak buruk dari baik , kerana manusia mcm kita semua ni cepat sgt menghukum . Lagi satu takut punca rangsangan kepada kanak2 dan remaja lelaki . Memanglah menutup aurat . Tp lebih elok tidak melakukan “.
Kalau nak berselfie pastu simpan je dalam hp tu ( tapi kalau hilang hp tu ??? ) atau privatekan je gambar tu ,ok la kan . Tapi kalau nak masuk pertandingan tu… hurmm .. kena fikirkan semula laa.. Tapi kalau nak masuk gak , terpulang.. Aku tak paksa pon .. heee ..
Mungkin ada yang kata ini adalah tanda sokongan pada kempen menyusu ibu.. Erk , takkan takde cara lain kot ? Contoh ..
Haaa .. Aku support 200% wooo breastfeeding atau menyusu ibu sebab aku tau kelebihan dan kebaikannya ! Contoh Qhaliff tu dah la.. Dia demam , selsema masa kecil dulu .. doktor suruh kasi susu ibu jer !
Aku bukan anti perbuatan tu .. Dah tu apa masalahnya kan ? Aku tahu ada yg nak kata gitu.. Cuba dapatkan jawapannya di SINI .. Baca dan fahamkan maksud aku tu..
Ini je la aku mampu lakukan .. Kalau rasa pendapat aku ni salah atau aku mungkin kolot , tak pe la.. Teruskan saja usaha murni anda .. heee ..
Jangan marah atau melenting aaaa ..