Siap ada nama lagi gituuuu .. Amboiii .. Daddy pon tak penah ada tauu !! Iskhh… Anak anak lak lebih niiii .. huk hukk..
Hahaha.. Daddy ok jer .. Terima kasih yer auntie Yah … susah susah jer ..
Siap ada nama lagi gituuuu .. Amboiii .. Daddy pon tak penah ada tauu !! Iskhh… Anak anak lak lebih niiii .. huk hukk..
Hahaha.. Daddy ok jer .. Terima kasih yer auntie Yah … susah susah jer ..
Tengah sedap sedap tidur , tetiba ada suara halus ..
“ Baaa.. baaaa .. “.
Bukak mata .. Tengok Qhaliff tercongok kat sebelah aku.. Nak amik handphone aku .. Huk aloh.. awalnya bangun ! Tapi tadi tidur pon , mmg mimpikan dia .. Terus gosok kepala dia dan ajak gi sahur ..
Dan dia orang pertama sampai di meja makan dan terus duduk.. Nasi yang dikhaskan untuk aku, dia sapu dulu. Manakala aku , kebas nasi wife .. Er , wife .. gi amik pinggan baru .. hehehe …
Lepas makan .. sehingga jam 7 lebih .. dia masih belum nak tidur ! Dan aku .. pastinya tidak cukup tidur lagi ! Huhuhuhu..
Sibuk laaa nak layan Youtube.. Nak tengok ultraman haaa …
Cerita 1 : Miracle ApricotSeed untuk ubati kanser
Ada sekali tu aku up di Facebook mengenai keadaan ayah aku yang ada kanser lidah tahap 1 tu.. Dah buat pembedahan pon. Sekarang ni dok buat rawatan radiotherapy.
Seorang rakan di Facebook , mesej aku bertanyakan keadaan ayah aku dan offer Miracle ApricotSeed sebagai makanan tambahan. Katanya bagus untuk mereka ada kanser dan juga untuk cegah kanser.Malah untuk mereka yang ada luka dalaman pon bagus memakannya ..
Harga tertulis di kotak tu ialah RM60 kalau tak silap aku. Cara makan , sebiji kapsul sehari ..
Kalau nak tau dgn lebih lanjut , sila ke blog MiracleApricotSeed ni !
Terima kasih yer atas pemberian ni ..
Cerita 2 : Tak berkira !
Aidilfitri semakin hampir. Sibuk cari pakaian untuk anak anak.. Untuk diri sendiri , guna je apa yang ada dan juga rakan rakan dan butik yang sudi menaja.. Heee.. rezeki sbg blogger .
Seluar jeans.. Kalau zaman bujang dulu , sepasang dua Levi’s original mesti aku sambar kat butik dia ! Wajib tuuu .. Tapi sejak menikah secara sah di Kelantan , aku tak de dah nak beli seluar mahal mahal.. Beli yang biasa biasa jer .. Jimat sikit duit.. Heeee..
Dan sejak ada anak ni , aku jarang sangat nak beli. Kalau koyak , tampal jer .. Heee.. Guna selagi boleh.. Bukan kedekut atau tak mampu tapi rasa sayang je nak beli seluar yang semakin mahal ni .. Hurmm…
Nak dijadikan cerita , salah satu seluar kesayangan aku berjenama Camel ni telah kehilang butangnya. Tercabut akibat perut semakin membuncit kah ??? Hahahaha.. Entahhh …
Nak tak nak .. kena hantar ke tukang jahit untuk perbaiki .. Hurmm.. Tukang jahit yang dalam kepala aku ialah jiran rumah mak aku di Cheras nun.. Uncle yang biasa dipanggil ‘ Apek’ tu adalah tukang jahit kegemaran sejak kecil lagi.. Baju melayu , mmg dia je yang jahit.. huhu ..
Maka semalam , aku ke rumah mak aku untuk berbuka puasa. Alang alang kat sana , terus gi naik tingkat 3 ( rumah pangsa ) dan ke rumah Uncle tu..
Sampai depan rumah dia .. kelihatan isterinya sedang duduk menonton tv ..
“ Auntie , uncle ada ? “ .
Terus dia panggil suaminya .. Apek tu datang dengan pantas ..
“ Uncle , repair ni boleh ? Butang je hilang.. “
" Tunggu sikijap aa.. Ini sikijap saja siap.. "
Tak sampai 5 minit .
"Ok.. Siap.. ".
"Berapa uncle.. ". Aku keluarkan RM10.
"Tak payah laa.. Sikit saja.. ".
Wah.. Rezeki aku.. Huhu..Terharu aku sekejap.. Heeee…
" Terima kasih uncle.. ".
Tadaaa.. siap ! Ada dah seluar raya ..
Hidup ni , jangan terlalu berkira.. Walaupun kecil hadiah kita pada orang lain , ianya mampu memberikan sinar kebahagian pada orang tersebut ..
Cerita 3 : Sampul Raya Santai Ben Ashaari
Heee.. Terhad ! Tak keluar banyak. Direka khas oleh rakan dunia maya aku.. Hehehehe..InshaAllah bakal bergelar artis AF gitu.. hahaha…
Asalnya dia mintak aku promote di Instagram. Untuk promote , biasanya aku charge la.. Tapi katanya bajet tak cukup , maka aku ‘hadiah’ je la kat dia.. Dan tak sangka dia ‘hadiah’kan sampul ni pada aku.. Hehehe.. InshaAllah minggu ni dapat laa ..
Belum pun dapat , dah ramai mintak sampul ni ! Tak de isi pun tak pe laa.. Janji nak sampul ni.. Hahaha… Pulak …
Hurmm.. Aku beli car charger kat KLCC .. Harga ? Lagi RM10 , cukup RM100 ! Kalau beli kat Downtown KL , baru RM10 jer ! Tapi disebabkan guna handphone yang baru , maka aku nak elakkan kerosakkan disebabkan litar pintas atau sebagainya. Yelah , guna produk murah .. Mana la tau kannnn .. Nak jimat punya pasal , lain lak rosaknnya nanti .. Hurmm.. Tu pandangan aku la..
Dah beli.. Dalam kereta , aku try charge .. Alhamdulillah.. Molek dia charge .. Aku ada satu lagi car charger tapi tak boleh nak detect Sony ni lak .. Terpaksa la beli yang baru..
Lepas aku charge dalam 10 minit gitu .. aku cabut dan kasi HTC One X aku lak charge.. Sony Z2 aku , berfungsi dengan elokknya sehinggalah … aku rakamkan satu kebakaran hutan di lebuhraya MAX malam tadi !
Apa jadi ? Terus dia padam tanpa sebarang amaran ! Aku try tekan banyak kali pun tak menyala ! Aku mula tertekan.. Malasnya nak gi Bukit Bintang esok ! Hurmmmm ..
Sampai kat rumah.. Aku try charge .. Yellak ! Takde apa apa berlaku ! Kelam ! Malap ! Tarik nafas panjang.. Rileks dulu.. Gi bergurau senda ngan Zahra jap..
Pastu aku nekad.. tekan butang on off kuat kuat .. Tetiba terasa gegaran ! Huhh.. Kembali bersemangat aku ! Aku tekan sekali lagi dan … Keluarlah logo SONY tu haaaa.. Huhhh.. lega guee.. Dapat beraya dengan hp baru ! Heeeee..
Makin canggih gadget kita , makin mudah rosak.. hahahaa…
Semalam di Alamanda , Putrajaya.
Sememangnya menarik aktiviti yang diadakan semalam.. Antara yang sempat aku ikuti ialah Magic Show , nyanyian dan pertunjukan fesyen pakaian baby dari Mothercare dan Gingersnaps.
Antara kenalan yang aku sempat jumpa semalam ialah , kak Lily Haslina… seorang novelis yang sporting !
Ok.. terus terang .. masa pertunjukan silap mata , aku lari ke bahagian lain ! Aku risau jadi sasaran untuk dipanggil naik ke atas ! Hahahaha …
Pertunjukan silap mata dia berjaya memukau penonton yang hadir ketika tu.. terutama part dia diikat tu ! Ok , aku pun terpinga pinga gak ! Hahahaha ..
Persembaan dah Lah VE .. Alhamdulillah .. sejuk persembahannya.. Sesuai dengan penonton yang hadir .. hehehe.. Terhibur semua .
Dan akhir sekali sebelum aku beransur pulang .. pertunjukkan fesyen yang melibatkan artis artis dikenali ramai seperti Yasmin Hani , Daphe King , Aishah Sinclair..
Hurm.. nasib baik wife aku tak ikut sama.. kalau tak , confirm dia akan tergoda dengan pakaian anak anak kecil tu ! hahahah ..
Untuk melihat lagi pakaian kanak kanak serta keluaran terkini dari Mothercare ni , boleh layari www.mothercare.com.my ! Suka stroller terbaru dari mereka .. huhu ..
Terima kasih Mothercare ..
Setiap kali aku nak masuk situ , aku akan tarik nafas panjang panjang.. Betapa aku ‘takut’ benar nak masuk situ ! Takut tengok muka garang staff dalam tu..
Hari tu , aku masuk.. tanya camana nak upgrade dari 3G ke 4G.. Dia punya jawab tanpa senyum , mmg boleh buat aku kena tekanan darah tinggi kat situ gak !
“ Server down.. “. Tu jer !
Aku cuma nak tau , boleh buat atau tidak.. Kalau nak buat , berapa lama nak buat dan prosedurnya.. Tu jer pun ! Terus aku keluar dari situ sambil menolak stroller yang mana Qhaliff berada di dalamnya..
Semalam , aku kembali lagi.. Mengeluh aku.. Terpaksa punya pasal , aku gagahkan jua ke situ .. Ada 3 kaunter.. 2 dok layan pelanggan. Satu lagi sibuk menulis..
Aku ke kaunter yang dok sibuk menulis. Orang yang sama .. yang tak reti senyum ! Aku bagi salam.. Suara seakan tak keluar. Dia , pandang aku pun tidak padahal aku berdiri depan dia !
Tapi bila mereka berborak sesama mereka , reti pulak senyum dan ada suara .. Adeh.. Aku nak jeeee tegur perangai dia tapi risau kang bertekak kat situ. Aku ni , malas nak bertekak .. kang rosak mood … kerja aku terbengkalai !
Hurmm.. Qhaliff , yang ikut sama aku pagi tadi ke Alamanda , mula meronta nak keluar dari stroller dia.. Aku terpaksa keluar dari situ.. I’ll be back !
Dalam kul 12 tengahari , aku hantar Qhaliff pulang dulu dan aku kembali semula ke Alamanda disebabkan ada tugasan perlu diselesaikan ..
Dan sekali lagi aku kembali ke sana .. Dan takde pelanggan pon kat situ.. Hurm.. Terus aku bertanya dan dia buat .. Tak sampai 5 minit pon .. settle ! Lerrrr..
Sewaktu bayar duit sim tu , aku ucapkan terima kasih.. Perghh.. jawab tidak , senyum tidak… pandang muka aku pun tidak ! Mak aihhhhh.. Dia pikir dia punya penat berpuasa je ke ????
Aku up di FB isu ni .. dan tu diaaa… Rupanya , bukan aku sorang je mangsa kes ni ! Hahahahaha .. Antara komen menarik ialah :
Minggu sebelum tu , aku dan wife ke Maxis Centre untuk tukar sim ke macro sim.. Staff kat situ tolong buatkan , segera .. FREE ! Senyum lagi ! Huhhhh… Berbeza sungguh ! Penat je company buat promosi kaw kaw .. tapi orang bawah kasi jatuh reputsai !
Berenti je keje kalau terpaksa keje ni .. Ikhlaskan diri bila bekerja ni .. InshaAllah , tak terasa beban pon..
Buat pertama kali .. aku tidur berdua dengan Zahra . Biasa mak dia ngan dia dan aku ngan Qhaliff .. Kena pisahkan berdua , baru leh aman ! Kalau tak , Zahra dah tidur .. Qhaliff gi kejutkan ! Mau gempa bumi rumah jap !! Nak tidurkan Zahra bukan mudah.. Boleh sakit pinggang nak kasi dia lena .. kena dodoi atas bola gym tu haaa !
Malam tadi , Qhaliff yang dah tertidur 5 minit kembali cergas ! Aku yang dodoikan Zahra terus lari masuk bilik dan letak atas tilam ! Lepas letak tu .. dia punya lenaaaaaaa ..tak ingat dunia dah ! Ngan aku aku lena pastu .. heeee ..
Kalau Qhaliff berjaya ditidurkan , maka .. amanlah rumah sehingga tengahari esok ! Dah pandai bangun lewat daaahhhh !!
Tak pe.. esok tak gi mana.. daddy ada kerja.. leh la diorang tidur lama skit.. petang nanti baru gi jalan jalan eh . Confirm daddy huru hara jap.. huhu…
Muka puas tidur !
Sedang berborak dengan wife , tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu seperti mengenai kereta aku. Aku mengeluh panjang ..
“ Apa pulak kena kat kereta kali ni.. “. Getus hati aku. Kereta aku ni , dah ada cop mohor dah.. Entah dari mana kena pon aku tak pasti ! Letih dah nak jaga bahagian luaran ni.. Bahagian dalaman , kalau di bersihkan , tak lama kemudian .. selamat dikotorkan kembali dek Qhaliff.. Redha jer la..
Tak sampai 100 meter , tiba tiba kereta aku bergegar ! Nasib baik aku pandu perlahan jer.. Kalau laju , rasanya boleh terbabas gakk .. Hurmmm..
Aku syak tayar kereta aku pecah.. Aku terus cari tempat untuk berhenti yang selamat .. Hanya tinggal lebih kurang 300 meter je nak sampai kawasan perumahan aku.
Nasib baik laaa tayar tu pecah pada waktu siang.. Kalau kena malam ? Pergh… mengagau aku nak tukar sengsorang .. ditambah lagi dengan anak kecil dalam kereta !
Terkejut gak aku tengok tayar kereta aku. Nak kata aku langgar lubang , rasanya takde la pulak.. Aku syak cuaca yang panas terik ari ni ditambah lagi dengan tayar kereta yang mungkin dah patut ditukar ( dah guna hampir 60 ribu km dalam masa setahun ) menyebabkan dia pecah gitu.. Hurmm ..
Memula tu aku agak terpinga pinga nak buat apa.. Maklumlah , tak pernah berlaku.. Wife serta anak anak dalam kereta .. Aku bukak tingkap dan matikan enjin.. Gi ke belakang kereta , tengok tayar spare .. Lengkap ! Nasib baik aku rajin service kereta .. Huhu ..
Keluarkan segala peralatan dan tayar simpanan.. Turunkan stroller Qhaliff yang besar tu dan letakkan berjauhan di belakang kereta.. Sebagai tanda amaran ..
Aku mulakan kerja .. Tengok jam.. Dah hampir jam 5 petang. Tapi matahari masih memancar dgn teriknya .. Aku pandang di seberang jalan.. Ada car wash dan restoran .. Mereka hanya memandang dari jauh.. Heee.. Biasa la tu .. Hanya mampu menolong dari jauh jer.. Tak pe laa…
Aku pasang jet.. terkial kial gak memula tu.. Akhirnya dah dapat ‘step’ , barulah kerja aku berjalan dengan lancar.. Dan berjaya juga tukar tayar..
Nak dijadikan cerita , aku tunggu juga kot kot ada orang nak berenti tanya atau hulurkan bantuan ! Pergh… Di jalan gitu , kereta semua menderu jer .. Senyum je la aku.. Nak balik memasak kat rumah kot..
Tiba-tiba ada motor berhenti sebelah aku ..
“ Tayar pecah ke bang ? Ok ke ? “ . Lelaki melayu tu tanya ..
“ Ok dah.. “ Aku balas dengan senyuman dan tunjuk ‘thumb up ‘ pada dia . Masih ada lagi orang yang prihatin ..
Selesai tukar tayar , aku terus balik ke rumah. Hantar diorang , solat dan keluar semula .. Terus gi kedai tayar .. Nasib baik tak tutup lagi.. Aku mencari kedai tayar yang sesuai ..
Akhirnya jumpa satu kedai ni.. Memula dia kata , tayar yang aku guna tu , takde .. Nak kena order atau dia suruh aku ke satu tempat X yang mana ada banyak jual tayar yang aku guna tu..
Aku mintak dia tolong ketatkan lagi nut tayar kereta aku tu. Risau tercabut pulak nanti bila memandu.. Dia pun gi amik pam angin. Kemudian aku pun bertanya pasal tayar..
Hurm… Malas la pulak aku nak memandu jauh dengan tayar spare tu .. Aku tanya dia , tanya apa yang ada di kedai dia tu.. Ada dua jenis katanya .. Dan dia syorkan Good Year ..
Aku tanya macam macam pasal tayar tu.. Dan dia pon menjawab dengan sabarnya.. Aku kan buta pasal kenderaan ni .. Heeee.. Setelah puashati dengan penjelasannya , aku pun bersetuju nak tukar ke empat empat tayar kereta aku tu..
Kenapa kena tukar kesemua ? PErghhh.. Dah teruk gak tayar aku tu.. Heavy duty wooo.. Hari hari bergerak dengan kereta tu.. Jarak pun jauh.. Dan pasni nak balik ke Kelantan.. Dengan jalan jammed lagi.. Ada baiknya aku tukar jer..
Lagi pun , servis kereta akan datang pon si Tan Chong Motor akan mintak aku tukar tayar gak.. Baik aku tukar dulu.. kang kat sana , sah sah kena mahal punya ! Dan pastinya aku akan angguk je laa… Huhuh.. Malas nak ‘susah ‘ kata orang .. hahahah ..
Hurmm… Terbang RM800 hari ni .. tapi tak pe la.. Asalkan nanti balik ke kampung , takde masalah dah laaa.. InshaAllah .. Duit leh cari kan ? Yang penting kena pastikan segalanya dalam keadaan selamat ..
Selepas settle urusan aku , Alhamdulillah .. rezeki masuk.. Ganti duit yang keluar tu.. huhu ..
Sekali lagi rakan blogger KBBA ( Kelab Blogger Ben Ashaari ) dan ramai lagi rakan blogger dijemput ke majlis berbuka puasa di PICC , Putrajaya. Terima kasih atas jemputan dan pastinya , kitorang semua amat gembira disamping makanan makanan yang amat menyelerakan ..
Tapi yang paling membuatkan aku seronok adalah layanan dari PR majlis tersebut dan juga Chef Chef yang menyediakan hidangan berbuka tu.. Mereka sangatlah rendah diri terutama Cik Kumari yang senantiasa sibuk ke hulu ke hilir bagi memastikan para jemputan selesa dan gembira.
Ini kali kedua aku berjumpa dgn Cik Kumari. Wife sendiri amat selesa dengan dia. Sebenarnya , aku mmg liat nak gi buffet Ramadhan ni tapi disebabkan ‘Cik Kumari’ sendiri yang menjemput dan membenarkan aku membawa ahli keluarga aku , maka aku hadirkan diri walaupun berat hati.. Aku tak suka sangat makan buffet ni.. Terlalu banyak makanan .. tak tau nak makan apa ! Hahahaha …
Layanan yang diberikan membuatkan rakan rakan blogger berjanji akan kembali lagi sekiranya ada jemputan untuk review sebarang event mereka..
Terima kasih PICC ! Terima kasih team #KELABBLOGGERBENASHAARI !
Terkejut ! Terus bukak AWANI 501 untuk dapatkan maklumat terkini ..295 orang di dalam pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur , dikatakan ditembak jatuh di ruang udara Ukraine dengan menggunakan peluru berpandu Buk, sejenis peluru berpandu darat ke udara oleh pengganas. 280 penumpang dan 15 kru. Kesemua penumpang terkoban !
Allahu Akhbar ! Tak percaya aku !! Macam salah satu adegan dalam filem Hollywood ! Yelah.. yang MH370 tak de berita lagi.. Ditambah lagi satu lagi insiden gini haa .. Aduh !
Dan tadi , bukak berita .. Nak tau disahkan atau tidak berita tersebut.. Hurm… Perdana Menteri buat pengumunan secara rasmi dah .. 20 orang rakyat Malaysia. Paling ramai , rakyat Belanda..
Antara gambar yang berjaya aku google .. Hurmm.. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Semoga Allah rahmati roh saudara kita yang terkorban..
Hurm.. mimpi kah ? Satu lagi malapetaka buat negara.
Amboiiii.. dua dua ada biskut raya nampak ! Qhaliff pon ada .. Zahra pon ada ! Semua tu khas dari Tok Tua diorang yang ada di Sedenak sana tuuu…
Biskut raya khas ini diberi nama ‘ Biskut Bunga ‘Zahra’ ‘ ! Tadaaaa …
Suka la tuuuu !!
Aku tertunggu gak.. Bila biskut raya aku , si Mat Gebu ni nak buat ? Ohhhh.. lupa lak.. Ada .. hehehehe ..
Yang bawah ni , namanya … Biskut Bantal Qhaliff !
Yang mak pak diorang punya .. Gabung sekali ! Kalau tak gabung , masakan nak dapat dua diatas kan ? Heeee ..
Dan namanya .. BENZILA Love Cookies ! Ahaa.. mmg love cookies.. Terima kasih mat .. Nanti saya buatkan biskut raya khas untuk mat .. Nama akan diberi Baulu Mat Gebu ! Haaaaa… Amacam ?
Salah satu tempat yang aku tak sukaaaaa nak pergi sebab selalu jammed dan ramai sangat orang ! Kali ni aku nak pergi jugak sebab aku dah tau kat mana nak parking mudah , masa bila tak ramai orang dan cuaca yang tenang.. mendung gitu ! Hehehhe ..
Lagi pun , Kompleks PKNS ni macam macam ada jual .. Jadi banya pilihan ! Ramai orang suka ke Jalan TAR .. bagi aku Jalan TAR tu best gi malam raya ! Hahahah.. Terasa kemeriahannya tapi sejak ada anak ni , aku tak nak gi sana ! Bahaya dan kesian kat anak anak ..
Ada banyak tempat parking kat kawasan ni .. Kalau nak mudah dan selesa , parking la kat SACC.. Rasanya tak mahal pon. Tadi aku parking dari jam 11 pagi hingga 3 petang , baru RM5. OK la kan ?
Pastu jalan kaki skit. Nak ke SACC Shopping Mall pon dah dekat.. Plaza Anggerik pon dekat.. Nak berbuka puasa , secara buffet pon ada haaa ..
Dan hala tuju hari ni ialah ke butik Hijrah Couture .. penaja baju raya untuk aku sekeluarga untuk 2 tahun berturut turut .. Alhamdulillah.. Terima kasih.. Cantik cantik baju rekaan mereka .. Tak tau nak pilih mana ..
Akhirnya , kali ni wife kasi aku pilih warna aku nak.. Dan aku pilih ..
Aku suruh Qhaliff pakai.. dia tak nak .. Berlari sana sini dia .. Kelaparan la tuuu .. hehehehe .. Tak pe la.. tunggu raya nanti , kita pakai sedondon gitu eh ? Heee..
Ada yang tanya kat mana butik Hijrah Couture ni .. Senang jer .. Dari Kompleks Pkns tu , gi cari KFC.. Naik lif kat situ ke tingkat 1. Keluar lif , amik kiri hingga hujung pastu cari tanda ni ..
Tadaaaaa.. Sampai daah ! Nak selamat , nasihat aku gi hari biasa sebab hujung minggu , mmg penuh orang .. Dan buat masa sekarang , banyak dah size abis ni.. Tapi kalau nak redah cari pon , tak kisah .. Leh gi tengok kat FB ( HIJRAH COUTURE ) atau web ( www.hijrahcouture.com ) mereka dan cuba tanya dulu .. kot kot ada ke size yang dikehendaki ..
Harga ? Mampu beli punya.. InshaAllah .. Dan mereka akan keluarkan tudung serta shawl mereka nanti.. Heeee …
Selesai satu part .. nak cari baju anak anak lak .. Bapak ? tak yah la.. pakai apa yang ada.. kang kacak lak , ada yang terpikat.. hee..
WEB : http://hijrahcouture.com/
FACEBOOK : https://www.facebook.com/HijrahCouture
TWITTER : hijrahcouture
Rambut pacak pacak ? Sama cam rambut daddy ? Hahahaha .. Qhaliff dulu pun rambut gitu tapi selepas panjang , dia menurun… cam rambut aku masa kecik dulu gak .. Aku suka style rambut gini.. comey !
Dan Zahra , kembali menghangatkan suasana rambut pacak ni ! Hehehee.. Apakah anak perempuan tak sesuai rambut pacak ? Huhuh.. Nak kisah apa .. dia kan nanti bertudung .. heeee ..
Sengih dia bila cukup tidur.. Tiap kali bangun tidur.. ginilah rupa dia .. sengih sengih ! Kalau tak cukup tidur ? Aku rasa Kiki pun kalah punya laa.. Garang benar muka ! Hahahah .. Kening macam nak bercantum ketika tuu…
Rambut tu.. aku rasa mmg rambut aku.. Kalau rambut wife ? Cam rambut Qhaliff ke ? Er , mana leh cakap.. tu aurat .. heeee…
Kali terakhir aku beli majalah ni , rasanya 4-5 tahun lepas kot .. Tu pun sbb nak feel raya bersama majalah kesayangan aku ketika aku remaja dulu ! Wajib beli setiap tengah bulan dan hujung bulan ! !
Pada ketika tu , UJANG sendiri menjadi tarikan majalah tu.. Selepas kehadiran komik komik HongKong , majalah ni aku kurang dah beli apatah lagi aku tak dapat rasa ‘hot’ lagi ..
Aku tahu.. bukan mudah nak hasilkan satu satu karya yang mampu membuatkan pembaca tersengih cam kerang busuk ! Aku mampu ketawa sendiri dalam bas mini ketika membaca majalah ni ! Hingga beberapa kali ditegur oleh ayah aku kerana ketawa sorang sorang !
Sekarang ? Tadi di HKL , aku nak pecah duit untuk bayar parking. Masuk kedai runcit , tak tau nak beli apa.. Ternampak satu brother tu amik majalah Ujang ni.. Aku pun amik gak la.. Lama tak baca ..
‘Isu Bumper’ .. Isu kegilaan aku dulu. Tebal dan memuaskan hati ! Dulu laaa .. Sekarang ? Hurmmm .. Aku buka sehelai demi sehelai .. Dan akhirnya aku letak atas katil .. tak sampai tengah pon aku belek ..
Hampa… Di mana UJANG yang berjaya menghiburkan hati aku , satu tika dulu ???
-iklan berbayar-
Kehidupan bermula dengan begitu indah. Saat kehamilan adalah sesuatu yang dinanti oleh semua pasangan suami isteri.
Anak yang dikandung diharap supaya selamat dilahirkan dan seterusnya lahirlah seorang bayi yang comel, permata hati kesayangan ayah dan ibu.
Anak itu kemudiannya membesar dan bagi ibubapa, hadiah terbesar kepada si anak adalah dengan memberikan pendidikan yang paling baik untuk mereka.
Namun, ada ketikanya semua yg dirancangkan tidak seperti yang diharapkan. Kecemasan boleh berlaku pada setiap peringkat kehidupan si anak itu, walaupun ketika di peringkat kehamilan.
Memperkenalkan Prumy Child Infant Care, yang pertama di Malaysia yang memberikan perlindungan bermula dari dalam perut ibu.
Plan yang menyeluruh, kerana bukan sahaja menyediakan perlindungan juga turut memberikan kelebihan simpanan yang membolehkan ibubapa memberikan pendidikan yang terbaik untuk si anak.
Prumy Child Infant Care sepintas lalu..
PMC Infant Care boleh dipohon oleh ibu yang mengandung pada usia kandungan antara kehamilan minggu ke-18 sehingga minggu ke-35, yg mana umur ibu adalah diantara 18 sehingga 45 tahun (hari jadi akan datang).
Ciri 1: Perlindungan di peringkat kehamilan
Melindungi kewangan anda jika berlaku komplikasi ketika kehamilan sebagai contoh Eklampsia, Abrupsi Plasenta, Embolisme Cecair Amnion ataupun kematian janin.
Ciri 2: Perlindungan sejurus selepas kelahiran
Menurut kajian, neonatal jaundice (penyakit kuning pada bayi di awal kelahiran) menyerang hampir 75% dari jumlah kelahiran. Dari jumlah ini 20% daripadanya memerlukan rawatan. Melalui Prumy Child Infant Care, jaundice yang memerlukan rawatan fototerapi kini termasuk dalam skop perlindungan.
Manakala, rawatan ICU/HDU kini menyeluruh kepada semua jenis kelahiran (tidak terhad kepada kelahiran pra-matang)
Ciri 3: Perlindungan terhadap 15 jenis penyakit kongenital
Dengan Prumy Child Infant Care, kos rawatan untuk penyakit kongenital terus sahaja tersedia tanpa ada pengecualian di dalam polisi.
Ciri 4: Penyediaan perlindungan lanjut kepada rawatan hospital dan klinik
PMC Infant Care disediakan supaya ianya fleksibel kerana mudah ditambah dengan manfaat lanjutan lain seperti kos rawatan klinik yg komprehensif, rawatan hospital jika berlaku kecemasan dan manfaat pendapatan gantian.
Ciri 5: Penyediaan dana pendidikan bermula seawal minggu ke-18 kehamilan
Dengan rider dana pendidikan khas, perancangan dana pendidikan untuk anak anda kini mendapat kelebihan dengan pelepasan cukai.
Maklumat lanjut boleh disemak melalui website rasmi:
http://www2.prudential.com.my/corp/prudential_en_my/solutions/protection/PRUmychild
Atau boleh terus hubungi agen anda untuk temujanji:
Hakiem Zakaria
Whatsapp: 0122903143
Email: mhzmohdh@yahoo.com