Hurm… Ingat lagi masa aku belajar dulu.. Soalan bocor ni , lama dah wujud.. Cuma masa tu takde internet jer ! Maaf cakap la yer .. dah lama ! Naik bosan dah dengar .. Aku sendiri malas nak amik tau pasal soalan bocor ! Kenapa ? Aku belajar bukan untuk lulus peperiksaan ! Aku belajar kerana aku perlukan ilmu untuk aku bersaing di atas dunia ini dan juga untuk akhirat ! Kalau aku belajar untuk lulus peperiksaan , aku akan jadi seperti robot !
Cemerlang atau tidak , segalanya bergantung pada aku sendiri .. Yang penting bagaimana aku akan memanfaatkan ilmu tu nanti ! Apa yang berlaku sekarang ni , ramai yang bertungkus lumus untuk cemerlang dalam peperiksaan tapi gagal menggunakan ilmu tersebut di dunia realiti ! Sebaiknya orang kata .. ‘study smart’ dari ‘study hard’ !
Sebab tu .. ada pelajar tertekan bila kena duduki semula peperiksaan setelah dapati soalan bocor hingga ‘air melimpah’ keluar dari kertas soalan tuu .. Haaa..
Ke anak tak stess tapi mak ayah yang stress ? Hahaha.. ok la.. aku tak leh nak kata apa sebab anak anak aku kecik lagi.. Sebaiknya , elakkan stress perkara yang tak penting .. Kita ni , dapat tekanan perasaan sebab dok fikir perkara yang boleh .. hurmm.. diselesaikan dengan mudah..
REDHA… kalau kita dah sedia .. ulang la banyak kali mana pon , inshaAllah kita akan dapat menjawabnya.. sebab kita ada otak dan ilmu itu ada di dalamnya !
Aku belajar bukan untuk lulus periksa tapi untuk manfaatkan ilmu tersebut !