Bangun seawal pagi. Tidur selewat yang mungkin. Kenapa ? Tidur lewat sebab ‘kerja’ ! Aku kena update blog. Kemaskini media sosial. Cari idea untuk pastikan blog terus beroperasi. Bila terus beroperasi , maka adalah pendapatan untuk aku.
Pada masa yang sama , aku kena jaga dua orang anak dan seorang isteri. Nasib baik ada sorang jer isteri. Kalau lebih ? Perghhh.. leh kejang jap medula oblogata aku ! Tak reti nak bahagi bahagi masa aku ni !
Semalam , dua dua tidur lewat ! Wife , yang keletihan sebab paginya di pejabat sibuk dengan tugasan .. dah tak mampu nak bukak mata ! Nak tidur kejap katanya .. Aku , sambung tugas aku iaitu jaga Qhaliff dan Zahra.
Qhaliff tidur jam 1 pagi.. Zahra tidur jam 3 pagi !! Zahra yang dah tidur seawal jam 10 malam tu , terjaga gara gara abang dia yang sibuk berkuntau dengan bantal.
Aku tidur jam 4 pagi. Siapkan kerja. Kul 630 kena kejut dah ! 2.30 je tidur.. Pergh… apakah mental aku bersedia untuk jaga anak anak aku nanti ?? Bahaya kalau tak bersedia.. boleh stress wooo terutama bila Zahra menangis non stop action punya !
Kul 8 pagi.. wife gi kerja. Dia pon bangun lewat.. Terbangun lewat.. bukan sengaja.. Jadi kelam kabut skit nak bersiap. Aku masih blur dan kemengantukan.. Zahra dan Qhaliff masih lena diulit intan.
Bila wife gi kerja , dua dua bangun serentak.. Best part , dua dua menangis ! Aku nak amik mana satu ni ? Dua dua mintak didukung.. Ok , mmg aku tertekan masa ni ! Dengan tak cukup rehat .. ditambah dengan keadaan gini , apakah yang patut aku lakukan ?
Aku mandikan Zahra .. meraung raung dia ! Selsema satu hal… Dan aku tau , dia tak cukup tidur ! Aku kena segera siapkan dia ! kalau tak , leh naya aku atau dia .. Dia sendiri nangis sampai tersedak sedak.. Bahaya tu..
Siap je mandi , terus pakaikan pakaian dia.. Masukkan dalam buaian. Tak sampai 5 minit , dia lena ! Perghh.. lega aku… Part Qhaliff lak.. Dok sibuk tarik aku gi peti ais .. Nak Magnum ! Dah bagi , tak nak makan pulak .. Aku jugak kena makan.. Mana tak boroi ??
Kepala aku makin pening .. kalau dapat tidur , sedap ni tapi sayangnya tak leh sebab Qhaliff tak tidur ! Bahaya biarkan dia seorang diri.. boleh abis rumah dia geledah ! Hurmmm ..
Apa yang aku nak sampaikan .. Walaupun ‘suri rumah ‘ duduk rumah , mereka tetap bekerja ! Ingat dapat tidur cukup ??? Tu belum part sakit perut .. atau mandi ! Hurmm..