Kul 6.30 pagi ! Dia dah standby .. Macam tau tau jer daddy nak keluar pagi tu .. huhu … Ikut je ke mana daddy pergi !
Kul 9 pagi.. Dah mandikan dia.. Dia dah ready depan pintu. Takut ditinggalkan. Dah biasa kena tinggal .. hehehe ..
Dan , akhirnya dia berjaya ikut aku gi ke photoshoot Kelab Blogger Ben Ashaari di Mycreativepixel studio yang terletak di PV128 , Setapak.
Dalam kereta , dia terus tidur.. 45 minit jam kemudian , sampai la sanaa ! Tak susah nak cari kalau guna Waze.. Hehea.. Alhamdulillah .. Cuma , bila dah tidur tu .. paham paham je la.. Kang dah berjaga , mau sejam gak la nak kembalikan mood !
Dan memang ianya terjadi.. Qhaliff asyik nak suruh dukung jer ! Aku ni tak leh nak dukung dia sangat. Bukan ringan dah.. dah 17-18 kilo dah berat dia.. Sekejap sekejap ok la.. Nak lama lama , sakit belakang aku .. mmg pon skang ni aku dok sakit tang belakang . Mungkin berpunca dari duduk terlalu lama .. hurmm .. Tidur atas tilam yang tak ok pon leh jadi masalah kepada sakit belakang ni..
Di sana , selepas 2 jam baru dia nak ok.. Nak gi bermain dan kacau orang lain ! Hurm.. Budak ! Kena ajar dia bergaul dan berkomunikasi dengan kanak kanak lain. Part ni sebenarnya dia ok cuma bila nampak gadget je akan timbul masalah. Dia nak dia sorang jer ! Huhuhuh… Walaupun gadget orang lain.. Yang ni aku kena cepat pantau . Tadi dah terlepas pandang .. Dah menangis si Zayyan , anaknya si blogger Angah.. Maaf yer .. Salah daddy dia. Dok sibuk pantau sessi photography !
Kadang kadang , timbul perasaan tak nak bawak anak gi event event cam ni tapi bila tak bawak , orang cakap macam kita ni lupa keluarga ! Hurm.. walhal kita pergi tu untuk bekerja ! Hurmm.. tah laa.. penat sebenarnya menda menda gini ..
Akhirnya dia dah ok.. aku pun dah boleh relaks.. Aku tahu , dia mengantuk sebenarnya.. Tu dia buat karenah .. Masa dia tertidur dalam kereta , aku tak jauh dari rumah .. Nak je patah balik hantar tapi macam kesian pulak.. Hahahaha.. Tak pe la.. Bagi dia pengalaman berharga ni ..
Qhaliff ok sebenarnya. Sangat ok ! Cuma nak tunggu mood dia stabil tu , aku boleh jadi Hulk jap ! Haih.. tapi bila tengok karenah dia , kita kembali sejuk.. Itulah anak ..
Lama sangat kat sana.. dia pon naik bosan !