Qhaliff akan mencapai usia 3 tahun , tahun depan. Perkembangan dia ? Alhamdulillah .. Cepat belajar dan mula pandai ajuk percakapan orang dewasa .. Hurmm.. Dan kadang kadang dia sangat menguji kesabaran aku terutamanya ! Hurmmm.. sangat sangat !
Zahra ? Huhu… semakin comel dan dah semakin bijak.. Bila aku pasang youtube ABC di tv , dia akan lemparkan senyuman dan memberi respon !
Aku bersyukur ada sepasang anak yang sihat , comel dan bijak ! Tapi tekanan hidup membuatkan kadang kadang aku hilang pertimbangan ! Tak sepatutnya ianya berlaku sama sekali ..
Berapa ramai antara kita marahkan anak kita pagi ni ? Kita terkejar masa.. mereka pulak menguji kita di ketika ini ! Berapa ramai antara kita ‘angkat tangan’ pada anak kecil yang kita sayang .. yang kita belai sejak kecil lagi ? Hanya kerana kita terkejar sesuatu yang .. hurmm.. Apakah tujuan kita mengejar masa ? Hurm.. hampa kan ?
Kita ada anak.. Ada orang tak de anak.. Teringin nak anak ! Dan kita stress dengan kelakuan anak ???? Huh.. Astagfirullah Al ‘ Azim ..
Suka tengok kawan kawan blogger yang punya anak dah berjaya dalam kehidupan.. Alhamdulillah.