“ Daddy , cenyummmm.. “
Pastu tunjuk kat aku ! Nasib baik tak reti cakap sangat lagi.. Kalau tak ?
“ Daddy , meh laptop.. nak update kat blog.. Nak cerita daddy kat umah , berkemban jer ! Tak reti nak pakai baju.. “
Huhhh !
“ Daddy , cenyummmm.. “
Pastu tunjuk kat aku ! Nasib baik tak reti cakap sangat lagi.. Kalau tak ?
“ Daddy , meh laptop.. nak update kat blog.. Nak cerita daddy kat umah , berkemban jer ! Tak reti nak pakai baju.. “
Huhhh !
Qhaliff nak cecah 3 tahun tak lama lagi.. Er , lama laagi .. hahaha .. Bulan April tahun depan.. Tapi dia punya lagak macam orang besar.. Suka main dan mudah masuk dengan anak anak kecil yang lain. Kalau dia pandang budak sebaya dia, dia akan senyum dan ajak main.. Walaupun baru kenal 1 saat yang lepas !
Peramah.. Aku tak tau dari mana dia dapat perangai tu.. hahaha ..
Copycat.. di usia dia , aku rasa mana mana budak akan jadi gitu. Meniru orang bercakap..Maka kena hati hati la kalau ada budak baya gini depan kita..
Perbuatan ‘copycat’ ni kekadang melucukan ! Kita ajar dia bercakap dan pada masa sama , kita dok bercakap dengan orang lain.. Apa jadi ? Dia pon ikut sama cakap gitu !! Terus ketawa bila dia wat gitu…
“ A.. Ayam… Er , Qhaliff gi bagi cawan ni kat ibu jap.. “
“ A .. ayam… Er…gi ibu jap.. “.
Adehh… Dikutnya kita lak.. Dan best part , sesekali dia panggil mak dia , dengan nama mak dia ! Boleh gitu ??? Hahahaha .. Sebab tu ada parents dok biasakan diri berbual dengan guna ibu ayah gitu.. Hurmm.. Yang takde anak dan blm nikah pon ada gak dah tergedik suh panggil mummy daddy.. UPSR pon tak lepas lagi.. Iskh..
Seperti dijangka ! Aku rasa ramai gak jangka begitu ! Malaysia tewas di tangan pasukan muda Thailand , 2-0. Satu bekalan yang cukup selesa bagi pasukan Thailand bila bertandang ke Stadium Bukit Jalil nanti..
Kenapa aku nak Malaysia tewas ? Kalau tengok dari pusingan awal hingga ke separuh akhir , Malaysia suka sangat bangkit pada keadaan terdesak ! Bila dalam keadaan gitu , mereka umpama harimau ! Berusaha mengejar mangsanya ! Dapat tak dapat , tu belakang cerita… yang penting , usaha !
Pastinya peminat peminat atau penyokong setia pasukan kebangsaan kita akan terasa berbaloi beli tiket yang dikatakan mahal itu kerana Harimau Malaya akan turun berjuang berhabis habisan bagi mendapatkan gol ! Tak dapat gol , mereka kalah !! Hehehe.. Nak tak nak kena usaha la abis abisannn ..
Bayangkan kalau mereka menang tadi.. Aku rasa game di Bukit Jalil akan jadi boring giler ! Kenapa ? Sebab pasukan negara akan bertahan jer .. Sesekali je serang.. Tu pun rembat dari jauh ! 2 gol tu cukup selesa yer !
Harapan aku .. Tahun depan dan tahun tahun seterusnya , gunakanlah pemain berusia 25 tahun ke bawah untuk kejohanan kejohanan besar seperti ini dan yang lain ! Jangan peram !! Dah tua baru nak turunkan.. Pengalaman apanya.. Kecik kecik dah hantar sana sini untuk kutip pengalaman.. Takkan cukup cukup lagi.. Antar ke bulan je la kot , baru cukup ..
Apa pun keputusan .. aku tetap kena bayar cukai GST tahun depan !
Gi lawat pakcik aku semalam di HKL. Akhirnya , aku tengok dia tersenyum riang setelah berminggu dalam keadaan kesakitan selepas operation yang pertama .. Sebenarnya , dah banyak kali kakinya dibedah namun punca kepada segala kesakitan tu tak dapat dikesan. Rasanya segalanya bermula dari luka kecil jer.. lalu merebak dan terpaksa dibedah. Takde kaitan dengan kencing manis atau darah tinggi. Menurut doktor , sakit saraf.. Berubat kampung pon dah.. Cara alternatif pon dah.. Jap ok pastu sakit balik.. Hurmm..
Bila kita tengok orang sakit begini , baru kita tau betapa nikmatnya anggota badan serta panca indera kita yang dianugerahkan dariNya. Bila ditariik balik , waktu baru terasa betapa ruginya kita tak pergunakan dengan sebaiknya.
Dan malam tu, secara kebetulan .. aku terlayan satu video di Facebook .. Allahu Akhbar.. betapa benarnya video ini ! Dan betapa malunya aku pada Allah..
Hurm…
Alhamdulillah.. Selesai sudah urusan mertua aku. Balik dari umrah , gi amik diorang kat KLIA2 pagi tadi pastu bawak balik rumah aku jap sebab flight diorang ke KB , belah petang. Sebelum tu bawah gi makan kat satu restoran yang sedap ni , di Bandar Baru Salak Tinggi. Aku suka makan kat sini pada waktu tengahari. Pelbagai lauk pauk ada..
Antara wajib aku amik ..
Harga murah.. Berbaloi makan sini.. Ramai orang makan sini .. Termasuk anggota anggota polis yang bertugas berhampiran kawasan ni. Cuma sayangnya , ada anggota polis yang merokok di dalam restoran ni selepas makan.. Di kiri kanan mereka , ada keluarga serta anak anak kecil sedang menjamu selera. Takde perasaankah ?? Maaf cakap.. Kenapa aku highlight part ANGGOTA POLIS ?? Sebab mereka ini pelindung rakyat ! Jangan sekadar melindungi rakyat atau orang awam dari penjenayah saja ! Anda patut tunjuk contoh yang baik pada orang awam .. Jangan kata , “ Kami pon manusia biasa… “. Betul awak manusia biasa tapi awak manusia biasa yang ada kuasa ! Kalau orang awam macam saya tegur , kang terasa lak ! Terima kasih yer .. Jangan marah tau.. Saya bagitau jer..
Ok .. Lepas makan , masa untuk bayar ! Sedap ! Alhamdulillah.. Tapi sayangnya , part tak sedap .. Payah benar nak UCAP TERIMA KASIH pada pelanggan yang datang makan dan bayar tanpa menipu apa yang dia makan ! Hurmm..
Kalau ada kedai lain yang sedap kat situ , mungkin aku akan pergi ke kedai tu selepas ni .. Mungkin anda tak kisah .. Ramai pelanggan ada.. Aku pernah tengok kedai macam ni .. dan akhirnya tersungkur ke bumi ! Jangan sombong..
Aku langgan internet broadband dari Maxis. Aku amik pakej 20Gb.. 5GB sebelah siang dan baki tu , belah tengah malam.. iaitu dari jam 2 pagi hingga 8 pagi ! Harga RM88.
Masa amik tu , syiok laa.. Nampak 4G gitu ! Waa.. Dapat download movie laju ni.. Hehehe.. Tapi kena tunggu jam 2 pagi laa.. Baru boleh manfaatkan baki 15Gb tu !
Dan masa yang ditunggu tiba !!!
GPRS je signal selepas jam 2 pagi ???? Aku nak download apa dengan signal tahun 90an ni ???? Huk alohhhh.. Kalau gini , parok wooiiiii… Sebelum tu comey jer signal ! Lepas kul 2 jadi gini ?? Ini sudah adik beradik Celcom yang mengketedarah duit pelanggan . Tak caya ? Leh check FB Celcom.. hehehe.. Kena maki kaw kaw kapal api !
Dengan kelajuan GPRS dan baki 15GB ni.. apa aku nak buat ??? Aku tau .. Wat wat sakit hati pastu tidur !
Gi umah mak aku tadi.. Zahra rindu kat tok dia terutama ayah aku.. Camana aku tau ? Kalau dia nampak ayah aku , cepat dia mintak didukung ! Siap senyum lagi.. ORang lain ? Tamo dia… Mak aku , dia ok..
Tapi kalau mak atau ayah aku dukung baby lain.. dia punya mukaa berubah terus ! Samada masam atau menangis ! Hhuuhuh.. Apakah dia mengikut perangai.. Er , perangai sapa ? Hurm.. Entah laa.. Yang pasti bukan perangai wife aku la.. Tak tau laaa sapa punya dia ikut !
Tamo cemburu cemburu yer sayang.. Nanti cepat dapat darah tinggi .. macam daddy ni ! Huhuh..
Uik.. Ben post pasal perempuan ?? Gulp ! Rileks , rileks.. Ini post produk wanita .. Lelaki boleh baca , perempuan lagi la bleh.. Yang pastinya ianya post kesihatan !
Sebelum tu , baca dulu pendapat wife aku mengenai kedua produk ini ..
“ Masa first time guna hygiene wash ni, expectation kat hygiene wash Cosmoderm ni mesti sama dgn yg biasa guna dgn hygiene wash lain kat pasaran..tapiiii bila guna kali pertama lps bersalinkan Zahra secara normal,Alhamdulillah sukaaa sangat.Suka sgt hygiene wash ni sbb dia dpt memberikan rasa selesa dan membantu merawat luka jahitan bersalin disamping baunya yang wangi.
So sudah semestinya bagi kaum wanita di luar sana terutama bagi ibu-ibu yang baru lps bersalin, sila dan sila cuba dpatkan di pasaran hygiene wash Cosmoderm ni sbb iainya besttttdan sangat berbaloi. Bagi saya, ianya adalah MUST HAVE ITEM samada ketika dlm pantang ataupun utk kegunaan hari hari biasa:) “.
Ehem.. sebagai seorang suami dan ramai suami di luar sana bersependapat dengan aku iaitu kepentingan keintiman suami isteri adalah sangat perlu !
Maka , gandingan kedua produk ini iaitu Manjakani Bahagia dan Manjakani Pencuci Intim Wanita dari Cosmoderm membawa kepada tagline ‘ Gandingan Hebat untuk Keintiman Erat ‘ merupakan salah satu sumber keyakinan isteri dan kebahagiaan dalam berumahtangga .
Penggunaan Manjakani Bahagia dan Manjakani Hygine Wash boleh membantu mengembalikan keintiman pengantin lama atau bantu memulakan keintiman utk pasangan baru kahwin. Ramuan tradisi dlm Manjakani Bahagia dan Hygiene Wash yg dulu direbus oleh nenek dan tok bidan sekarang ada dlm bentuk gel dan pencuci.
Bagi wanita yang baru bersalin dan berpantang Manjakani Bahagia amatlah sesuai kerana kandungan ramuan Aktif Manjakani dan herba pilihan ( kacip fatimah, sireh, aloe vera) yang menjadikannya Manjakani yg tulen dan peratusan tertinggi di pasaran dengan ramuan tradisi terbukti dgn penggunaan generasi demi generasi untuk guna dlm pantang dan selepas pantang utk sembuhkan wanita bersalin dan selepas pantang utk kembalikan keadaan otot-otot seperti yang dingini..
Ok , cara nak guna tak la payah pon dan kelebihannya ..
Manjakani Bahagia Cosmoderm
Gel Manjakani untuk kebahagiaan suami dan isteri. Khasiat manjakani untuk menguat otot-otot dan kacip fatimah untuk kesihatan bahagian intim digabungkan dalam gel dengan haruman menggoda. Manjakani Bahagia mampu memberi keyakinan kepada wanita sambil menghangatkan hubungan intim suami isteri. Rasakan perbezaan segera semasa penggunaan pertama. Guna setiap hari untuk kesihatan bahagian intim bak anak dara dan setiap malam untuk keyakinan bak pengantin baru.
Cara Penggunaan:
Peringatan ! Tidak sesuai untuk wanita yang hamil
Pembersih Intim Manjakani Cosmoderm
Membantu membersih, menyamankan, mempercepatkan penyembuhan luka dan wangian menggoda serta rasa segar yang berpanjangan.
Cara penggunaan:
Mudah kan ? Si suami boleh bantu si isteri dengan ingatkan senantiasa menggunakan Manjakani Bahagia dan Manjakani Pencuci Intim Wanita dari Cosmoderm. Oh ya , jangan la asyik ingatkan jer.. Belikan juga sebagai tanda sokongan kebahagian suami isteri.. kan kan ?
Mana nak beli ? Boleh ke www.cosmoderm.com.my atau ke Facebook Cosmoderm untuk sebarang pertanyaan atau pembelian.
Bila ‘editor’ memandai bagi topic dan arahan utk menulis.. arghhhh.. stress, selagi xtulis 4 perenggan dlm masa 5 minit tu, selagi tulah dia dok ulang sebut..bila?Bila..mana entry?
ok…dah dia nak syarat 4 perenggan kt bagi genap2 4 perenggan sambil ditemani Zahra yg kejap guling ke kiri..kejap ke kanan..jap kaki atas keyboard....demi 4 perenggan…ok, tinggal lagi 2 perenggan nak bebel…
Tetibe...
Aku ( Ben Ashaari ) masuk bilik dan tengok Zahra dah mula himpit mak dia ! Dan ..
Entri tertangguh lagi !
Ini sebabnya kenapa aku selalu update blog jam 2 pagi !!! Dan tidur , 3 pagi.. Bangun tidur , 6 pagi .. Dan kerap stress ! Hahahaha .. Dapat duit , ilang stress .. hehehee..
Nak amik kereta yang lebih lasak .. Tapi bila fikir fikir .. Hurmm
KM dah lebih 70 ribu ! Kebersihan ? Kalau masuk car wash .. ok la.. Hahahaa.. Tak masuk kalu , aku pon pening tengok kereta aku ni.. Tak la kotor tapi macam macam ada dalam kereta aku ni ! Hahahaha ..
Nak cari kereta yang lasak .. mpv gak .. tapi aircond dia , kat belakang pon ada.. Yang ni , depan jer.. Orang belakang selalu kepanasan .. Hurmm.. Sian.. Hehehe..
Bila nak tukar ? Er , lagi 5 tahun la kot.. Heee.. Baru je pakai 1 tahun lebih kereta.. Bunga pon tak abis bayar .. Lalalaaaa..
Kereta impian ? Dapa Alphard pon ok la.. Ok la ??? Hahahaha .. Mahai woo !