Setiap pagi , aku akan sakit bahagian pinggang kerana tidur di atas tilam yang dah tak empuk ! Dah bertahun lamanya tilam tersebut ! Hurm.. Teringin nak beli yang amat selesa tidur malam ku! Hehehe ..
Sementara dok google cari tilam apa yang best selain Dunlopillo , aku masuk ke Facebook Raja Shamri. Saja nak tengok status dia. Dan , automatik aku kensel nak beli tilam baru..
Status beliau masuk berkisarkan keadaan di Kelantan dan gambar gambar yang dipaparkan di Timelinenya , buat aku rasa .. hurmm.. Tunduk malu !
Gambar gambar yang aku amik ni , dari FB Raja Shamri.. Yer , rumah mereka rosak teruk atau musnah dan khemah khemah inilah mereka jadikan tempat mereka berlindung buat sementara .
Bak kata beliau..
“ Sama-sama kita bantu ... biar sedikit takpe ...
Paling tidak doakanlah mereka ...
Jangan saling tuduh menuduh
Jangan saling cari salah
Musibah ini untuk kita sama-sama insafi.. “.
Bulan 2 ni baru plan nak ke Pantai Timur. Aku yang sebelum ni kagum dengan keindahan Pantai Timur pastinya akan terasa ‘kehilangan’. Sekolah pun nak mula dah minggu depan. Macamana nak bersekolah dengan keadaan gini ? Aku tak mampu memikirkannya.. Mereka cukup tabah..