Baby Carrier ke dua untuk Zahra.. Zahra dah cecah 1 tahun usia dan kena la guna yang lebih selesa sedikit kan ? Maka , pastinya Stokke® MyCarrier™ Cool 3 in 1 ni jadi pilihan..
Berbeza dari yang sebelum ni , baby carriernya agak keras sedikit kainnya berbanding yang ni.. Yang ni lebih dan selesa untuk bayi kita..
Ada 3 cara nak guna baby carrier ni dan aku selesa gunakan bahagian depan. Zahra pon kelihatan lebih tenang di depan berbanding kedudukan lain.. Dah pandai lihat dunia !
Sesuai digunakan pada bayi yang usia beberapa bulan hingga ke usia 3 tahun , Stokke® MyCarrier™ Cool 3 in 1 aku rasa antara yang terbaik pernah aku guna ! Kenapa ???
Paling penting ! Menyokong bahagian belakang si pemakai tu ! Haa.. Kalau tak sokong bahagian belakang tu , perghhh.. pasti penat dan sakit sakit badan wooo !
Selain dari tu ? Keselamatan.. ciri ciri yang sememangnya jadi persoalan terutama mereka yang mengambil berat mengenai kedudukan anak anak mereka di dalam baby carrier ni , turut menjadi point kenapa bagi aku baby carrier ni bagus untuk Zahra.
Aku tahu dan seperti biasa .. pasti akan ada yang pm aku dan mintak aku join group itu ini.. Sebelum nak pm aku atau basuh otak aku , apa kata gi baca segala info mengenai baby carrier ni terlebih dahulu.. Kita kena buka minda dan banyakkan membaca info info terkira dan termoden.. Kan kan ? Haa… aku tahu dahh !
Sila rujuk web Stokke ni untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai baby carrier ni ! Nak beli ? Berapa harga ? Kat mana nak beli ? Sila ke mana mana cawangan MotherCare di Malaysia ni.. Harga dalam RM800++ .. Murah la kan ? Barang baik..
Kelihatan selamat kan ?