Tahun lepas, aku dikejutkan dengan penawaran ke Paris dan Toulouse oleh AirAsia.Terus Aidilfitri aku jadi makin bersinar.. Hehehe..
Tahun ni , aku dapat 3 tawaran menarik ! Alhamdulillah..Satu , pakej umrah oleh sebuah agensi. Yang tu dalam perbincangan. Yang kedua , ke Korea bersama Samsung.. Ini menarik ! Impian aku nih ! Teringin nak gi Korea atas jemputan syarikat telekomunikasi terkenal dunia !
Dan yang ketiga..
Part billboard ni buat aku terkedu 1 Sapa sangka akan tengok muka sendiri terpampang besar di tepi jalan raya ? Aku bukan model atau pun artis.. Sekadar blogger ! Dan blogger diberi peluang sebegini rupa ??
Alhamdulillah.. Seronok jadi blogger ni kalau betul betul fokus dan punya strategi..