Aku dan rakan blogger di group Whatsapp dikhabarkan mengenai pemergian Yus. Terpinga pinga aku ! Takde angin , takde ribut tetiba viral cerita ni. Dah la sebelum ni kecoh pasal Ebby Yus ! Takkan kot ? Tapi kuasa Allah.. tak boleh kita nak nafikan terus..
Aku terus ke Twitter. Di sana, maklumat macam ni cepat sangat viral. Dan aku jumpa screen shot dari Tauke Jambu. Teman baik Yus Jambu..
Dan.. Aku terkedu. Terus aku baca bagaimana kisahnya.. Sesak nafas selepas show ! Hurmmmm… Jantung ?
Jantung.. Ramai antara kita bermasalah dengan jantung tapi kita amik lekeh jer.. kan ? Sekali kena serang.. Hurmmm..
Yus Jambu.. antara pelawak yang mampu membuatkan aku tersenyum. Walaupun arwah punya lawak kita tau ianya bukanlah lawak cerdik tapi yang penting ianya mampu menghiburkan anda.
Senyum dan tawanya , akan kita rindui. InshaAllah , kita akan menyusul jua selepas ni. Masa dia , dah tiba. Janganlah kita lalai dan leka seperti kita akan hidup selamanya.
“ Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia. Muliakanlah kematiannya , lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berikanlah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.”
Al Fatihah..