Fuh.. baru aku tau walaupun aku pernah tau tapi aku tak pernah nak amik berat ! Segalanya aku anggap mudah dan ringan.. Tapi rupa rupanya.. hurmm...
Aku antara mereka yang 'terpaksa' pegang telefon pintar 24 jam sehari dan melihat laptop beberapa jam sehari tanpa sedar adalah insan yang terdedah pada dua sinaran yang merbahaya ini ! UV dan 'Harmful' Blue Light.. Dan tanpa disedari , anak anak kecil aku juga terdedah sebenarnya ...
Bayangkan bagaimana sinaran UltraViolet ( UV ) boleh merosakkan kulit kita ? Kalau kulit boleh rosak , bagaimana pula dengan mata ?
Ok.. imej kat atas tu menunjukkan kesan kerosakkan berpunca pada sinaran UV dan 'Harmful' Blue Light ! Tau tak apa yang akan berlaku pada mata kita kalau dibiarkan lama kelamaan ?? Tak ? Haaa.. Pernah dengar Cataract ? AMD ? Haaaa.. Ok , sebelum nak tau apa tu .. aku tunjuk dulu imej camana Blue Light boleh merosakkan mata kesayangan kita. Kalau rosak , hilanglah keindahan dunia ni wooo !
Mereka yang kerap mengadap skrin gadget dan juga tv LED adalah insan insan terpilih yang mudah terdedah dengan 'Harmful' Blue Light ! Tau apa kesan jangka panjang ? Sinaran Blue Light akan terus ke retina dan seterusnya merosakkan retina ! Gambar di bawah ni menunjukkan dua imej yang berbeza.. Satu , pandangan mata normal dan satu lagi setelah retina rosak ! Dan ini dinamakan AMD ( age-related macular degeneration )
Nampak tak ? Tu laaa kesan kesannya .. Buat pengetahuan korang , kalau dah dapat AMD , memang takde ubatnya buat masa sekarang ! Nasib baik Cataract ada cara penyelesaiannya tapi kalau boleh , jangan la kena kan ? Haaa...
Menakutkan ? Hurmmm.. Jadi apa jalan penyelesaiannya ?? Ok... Baru baru ni aku ke Venice Optometry di Desa Seri Hartamas. Aku dipertemukan oleh pakar dalam bidang mata dan kacamata ni. Aku yang bermasalah dengan mata ni pastinya ini adalah peluang keemasan untuk aku mendapatkan maklumat yang lebih lanjut memandadngkan kalau pergi ke kedai cermin mata biasa , belum tentu aku dapat maklumat seperti ini..
Aku diperkenalkan dengan Crizal UV LENSES ! Apakah kelebihan CRIZAL UV LENSES ni ?? Crizal UV Lenses ni adalah lens pertama dari segi perlindungan depan dan belakang daripada pancaran sinaran UV ! Ok , maksudnyaa ialahhh.. Sinaran UV ni datang dari pelbagai sudut. Kalau cermin mata yang punya lens lindungan UV , ianya cuma mampu menahan dari hadapan jer ! Bagaiamana pula jika cahaya dari arah belakang ? 50% cahaya UV memasuki mata melalui pantulan yang mengenai lens cermin mata lalu masuk terus ke dalam mata.
Kalau lens takde anti pantulan , maka takde guna la jugak kan ? Retina tetap akan mengalami kerosakkan, kan ?? Haaaa.. Maka lens CRIZAL UV mempunyai kelebihan ni yang membuatkan aku terus terpikat untuk menggunakannya ! Maksudnya teknologi terkini dari Crizal UV LENSES ni akan terus menyekat sinaran UV ni tak kira dari sudut mana sekali pun !
Crizal UV LENSES turut menawarkan perlindungan dari sinaran UV dengan teknologi E-SPF 25 ! Ini satu penciptaan yang sangat menarik. Dan Essilor adalah pengeluar pertama yang telah berjaya menciptanya dan seterusnya mengatasi masalah penglihatan ni .. seperti aku !
Ok.. Crizal UV ni ada beberapa jenis antaranya ialah Crizal Prevencia yang mana lensnya turut menapis'Harmful' Blue Light ( seperti aku terangkan di atas ) , Crizal Transitions yang mana lensnya adalah Lensa Adaptive yang berprestasi tinggi serta Crizal Kids UV , yang bermanfaat untuk kanak kanak sepeti Qhaliff.. Qhaliff tak rabun yer.. tapi perlindungan diperlukan ketika dia bermain dengan di halaman rumah atau di taman reakrasi. Crizal Kids UV fokus pada Impact Resistant dan perlindungan dari sinaran UV, mampu menahan impak pecutan bola golf !! Produk ini dinamakan AirWear yang mana turut dilengkapi dengan E-SPF 25. Untuk pengetahuan , AirWear ni lebih ringan dari air dan jika mengalami keretakan , ia tidak akan berderai begitu sahaja.. Tetap kukuh ! Selain kanak kanak , ianya menjadi pilihan para atlit dan juga anggota keselamatan.
Masa untuk periksa mata bagi memastikan lens yang sesuai dengan mata aku..Dan yang sesuai untuk aku ialah Crizal Eyezen.. Lens ni khas untuk mereka yang berusia antara 20-45 tahun.Cukup cukup untuk aku yang baru berusia 40 tahun ! Lens ini juga direka khas untuk golongan ketagih gadget selain dilengkapi dengan teknologi Prevencia yang mampu menapis ' Harmful' Blue Light. Crizal Eyezen juga mampu mengurangkan ketegangan dan keletihan mata , memang sesuai untuk aku yang asyik pandang laptop.
Kemudian pilih bingkai lak. Bingkai perlulah sesuai dengan raut wajah. Kang salah pilih , buat kena gelak dengan kawan kawna lak ! Hahaha.. Ok , ternyata di Venice Optometry, Desa Seri HartaMas punya pilihan yang menarik serta tampak lebih profesional ! Semua aku suka !! Tapi yang paling aku suka ialah.. layanan yang mesra serta ujian mata yang cukup profesional membuatkan aku selesa untuk berterusan bertanya maklumat mengenai bingkai dan lens sehinggalah aku berpuashati !
Kesimpulan... penjagaan mata ni hendaklah bermula dari kecil lagi. Samada elakkan , kurangkan atau lindungi ! Jangan sampai kita kehilangan anugerah Tuhan tak ternilai ni , baru nak menyesal ! Terima kasih kepada Essilor Malaysia kerana sudi berkongsi maklumat dengan aku. Dan terima kasih juga pada Venice Optometry, Desa Seri HartaMas.
Moga perkongsian ini akam membuat mata lebih ramai lagi rakan rakan betapa penjagaan mata ini amatlah penting sama sekali. Jika nak dapatkan maklumat lanjut , sila ke http://www.crizal.com.my/ atau ke Fan Page Crizal Malaysia.
Terima kasih !