Tobat ( taubat ) ... hehehe.. Gini isunya.. Semua orang tau , di Malaysia minggu ini cuti panjang ! Waaaa... Sabtu , Ahad , Isnin dan Selasa ! Gilaaa la kalau tak nak balik kampung atau gi melancong ! Tak kira la dalam negara atau luar negara... kan kan ?
Sumber dari Berita Harian mengatakan lebuh raya bakal sesak tu , tak perlu dah nak dipertikaikan ! Memang berdasarkan pengalaman aku beberapa tahun sebelum ni menginsafkan ! Tapi masalahnya , insafnya ketika atas kereta je laa.. Datang kembali cuti raya cina yang panjang , berdesup semua berada di atas lebuh raya termasuk aku !
Dan tahun ni , aku bernasib baik sungguh ! Hahahaha.. Plannya , memang nak balik ke Kelantan. Walaupun dah tau akan sesak punya tapi demi wife , aku ikutkan juga.. Tetapi segala perancangan terbatal bila dapat tau wife mengandung anak ketiga dan doktor tak kasi dia jalan jauh ! Fuhhh.. Hahahaha.. Lega akuuuu.. lega sebab tak perlu harung jammed. Aku tak larat sekarang nak memandu jauh. Cepat mengantuk dan amat merbahaya .. kan kan ? Hee.. baik punya alasan !
Tapi yang pasti.. rata rata kawan kawan yang pulang ke kampung , melahirkan rasa tak puashati di status Facebook masing masing.. Heheheeh..Aku cuma mampu tersenyum bila membaca status tu.. sambil makan ayam KFC ! Huhuhu...
Apa pun.. Gong Xi Fa Cai untuk rakan rakan yang menyambutnya.. Heee...