Pernah ada kawan tanya , kenapa aku beria sangat membantu blogger baru ‘naik’ dan tak amik sebarang komisien dari job yang aku dapatkan untuk blogger komuniti yang aku tubuhkan tu ? Walhal dulu , semua blogger kena berusaha sendiri untuk maju !
Hurmm..
Aku gi gym , sejak usia 22 tahun. Sekarang dah 40 tahun. Apa yang aku nampak ialah , rakan rakan di gym jika berlatih beramai ramai lagi seronok dari seorang diri berlatih ! Memang bila beramai ramai ni , macam macam kepala ada.. Ada yang curik tulang.. ada yang asal angkat.. ada yang serius.. Hasil , korang pon leh tau. .sapa yang serius dan rajin serta berdisiplin ..tak culas.. dia la yang sado nanti !
Dan menariknya , bila ‘susah’ akan ada yang cepat cepat tolong ! Berbanding sorang sorang.. Ada kes aku dulu.. letak terlalu berat.. ditambah dengan dah penat.. tiba tak tak leh angkat beban ! Haaa.. Mengelabah aku dibuatnya ! Nasib baik ada orang.. kalau takde ? Mau gak aku mati terhimpap !
Aku pernah susah dulu.. Bertahun lamanya hidup terumbang ambing ! Takde sapa nak tolong.. Yang bertanya khabar , ramai jer.. Tanya gitu gitu jer.. Pastu jawabnya.. “ Ooooo” … tu jer ! Tapi aku tak salahka diorang ..
Cuma aku belajar dari situ.. Kalau kita dah senang , kita jangan lupa orang yang dibawah kita.. Tapi bila kita dah senang , jangan sesekali lupa orang yang bantu kita senang tu !
Realitinya .. bak kata TUN MAHATHIR , Melayu Mudah Lupa ! Yer , memang itulah kenyataannya !
Tapi aku kuatkan semangat dan berpegang pada..
Aku tak nak blogger blogger yang berbakat besar dan yang benar benar berminat dalam bidang penulisan ni , terabai.. Mana yang bagus , cuba untuk beri semangat dan bimbing mereka..
Hidup sebagai blogger ni sebenarnya payah.. Terlalu ramai yang bermuka muka ! Selagi mana mereka tak tercapai impian mereka , mereka sanggup membontoti blogger blogger yang ada nama..Hanya untuk menumpang seketika sebelum berjaya untuk melangkah sendiri ! Ketika tu , baru boleh nampak belang masing masing.. Hehehe.. Pengalaman aku .. 8 tahun dalam bidang ni !
Dan aku jugak berpegang pada janji Allah.. Banyakkan bersedekah !
Ikhlas membantu insan lain.. Aku cuba ! Allah ada.. Biar DIA saja yang membalas apa jua yang aku lakukan.. Aku tak harapkan balasan manusia. Akan aku kecewa nanti.. Dan sememangnya , sebelum sebelum ini ,
InshaAllah.. Aku melangkah selagi nyawa dikandung badan.. selagi ada insan memerlukan..