Selepas subuh.. aku memerhati di luar jendela.. Belum jam 7 pagi tapi kereta dah mula memenuhi jalan raya ! Hari ini Jumaat. Pasti ramai dalam mood amat gembira sekali. Esok cuti ! Ahad cuti !! Pastu keje balik ! Adehh..
Teringat aku satu tika dulu.. Kehidupan aku banyak dihabiskan di dalam ERL dan PEJABAT sehinggalah aku terfikir..
“ Sampai bila aku nak macam ni ? Sampai pencen baru nak rasa keindahan kehidupan ini ??? “
Bila aku bergelar blogger.. baru aku tau betapa luasnya dunia ini dan kata kata ini menambahkan lagi keyakinan aku..
Dan baru-baru ni , ayah aku ada bagitau pasal Bill Gates. Dan aku memang tau mengenainya. Sangat mengagumkan sama sekali. Teringin nak jadi begitu gak.. hehehe.. Tidur pon dapat duit ! Hahahaha..
Tapi betul la kata kata dia ..
Simpan duit dari sekarang.. Bila anak anak dah kenal dunia , bawak diorang pusing dunia.. hargai kehidupan ini dan belajar bersyukur dengan melihat negara orang…
Persoalannya.. bagaimana ? Hehehe.. Sebenarnya ada idea dalam kepala aku cuma tunggu masa jer.. InshaAllah.. Sekurang-kurangnya aku dah amik langkah pertama.. Aku tak perlu ada rutin yang sama setiap hari.. Rutin yang boleh bikin aku stress sangat ! Huhh.. Nasib baik laaa aku pandai cari sesuatu yang boleh bikin hilang stress ketika tu.. hehehe.. Usha awek kat lrt.. Awek yang sama ! Tengok apa dia pakai hari ni.. esok.. lusa.. hahahahha ..