Seawal aku mengenali Cosmoderm , aku tak beberapa yakin dengan produknya terutama pencuci muka ! Aku lebih gemar guna produk yang selalu diiklankan di kaca tv ! Terpengaruh gituuu… apatah lagi model digunakan memang kacak kacak belaka ! Manalah tau , kalau guna leh kacak gitu.. hehehhee..
Hampa sangat ! Muka berjerawat dan berminyak ! Seingat aku , aku dipelawa guna produk pencuci muka Tea Tree Oil dari Cosmoderm dan hasilnya amat mengagumkan !
Sehinggalah aku pengguna setia produk Cosmoderm !
Aku bukan sahaja promote produk ni di media sosial tetapi aku menggunakan produk ni setiap hari malah bila gi travel , aku tetap usung terutama pencuci muka dan losyen badan !
Ramai kawan bertanya pada aku.. terutama berkenaan Tea Tree Oil ! Apakah bagus seperti yang aku katakan ? Jawab aku mudah jer… Aku pakai dah 3 tahun dan amat jarang sekali jerawat naik melainkan aku salah makan seperti makan kacang ! Minyak banyak tu.. tapi bila aku cuci muka , esoknya terus kecut !
Lepas cuci muka.. guna Tea Tree Oil Magic Body Lotion untuk pastikan kulit senantiasa lembab serta mengelakkan badan dari naik jerawat serta badan berbau ! Huhuhuh.. Maklumlah , bila bersenam , peluh berterabur keluar.. kan kan ?
Lama kelamaan , ramai kawan kawan terutama blogger menggunakan produk ni ! Dan mereka berpuashati sangat ! Aku sendiri tak sangka sampai tahap gitu.. Huhuh.. Terutama buat mereka yang ada masalah dengan parut seperti aku , baru baru ni !
Gambar atas , kesan dari insiden yang sukar dilupakan ! Kemudian aku guna dua jenis produk dari Cosmoderm. Beberapa minggu kemudian , ada perubahan !
Setelah berbulan.. aku terlupa yang aku ada parut kat tangan aku ni ha ! Kalau tak , malu nak letak tangan atas meja makan.. Huhuh.. Nampak parut kooooo !
Aku guna apa ??? Sila rujuk entri COSMODERM : Hilangkan parut di tangan aku ! Kena rajin bubuh.. cam aku , bila teringat baru bubuh. Tu pasal makan masa lama nak kembalikan keanggunan ! Huhuu..
Keberkesanan produk ni diakui oleh teman teman rapat aku. Ini bukan testimoni berbayar yer ! Aku sendiri terkejut mereka guna produk ni. Made in Malaysia punya.. tak ramai nak pandang ! Huhu..
Amacam ? Nak cuba ? Ramai dah cuba dan mereka jadi pelanggan tetap ! Untuk pengetahuan , Cosmoderm bukan sehari dua dalam bidang skincare dan bodycare ni.. berbelas tahun dah wooo ! Bukan calang calang produk Cosmoderm ni.
Mana nak beli ??? Hurmm.. Aku syorkan beli online tapi ada kawan tak beberapa pandai nak guna. Maka boleh dapatkan di Guadian , Wellness , Vitacare terpilih ! Tapi kalau beli online , ada diskaun wooo ! Tak caya ? Sila ke www.cosmoderm.com.my !