Sewaktu mengandungkan Qhaliff dan Zahra , masalah yang dia hadapi ialah tekanan darah rendah ! Sebelum dapat tau mengandung , dia amalkan minum air campuran Chia Seed. Aku tak minat nak minum sebab aku dah ada minuman aku sendiri , detox lemon + epal hijau.
Dan baru baru ni , aku cuba minum air Chia Seed ni. Dan mula rasa sedap lak ! Huhuhuh.. Ala rasa cam sirap selasih tu laaa.. Tapi ni air suam jer.. Sedap !
Dua hari aku minum.. dan terasa sesuatu perbezaan pada aku ! Takkan kot ? Hurmm..
Aku ada masalah ngan siku aku dan lutut yang membuatkan aku tak leh nak workout berat berat termasuk nak jogging ! Mampu jalan jer !
Tapi selepas aku minum air Chia Seed ni , aku leh workout tanpa ada rasa sakit kat sikut lagi ! Dan aku boleh berlari dengan lajunya di atas treadmill ! Huhh !! Takkan kot sebab Chia Seed ??
Apakah kelebihan Chia Seeds ni ? Apa itu Chia Seed ? Chia seed merupakan jenis biji-bijian kecil yang berasal dari tanaman Salvia Hispanica L. Tanaman ini tumbuh di Mexico dan Amerika Selatan
Aku google dan jumpa satu blog. Entrinya dah berusia 4 tahun ! Adeh.. Nape aku tak tau lansung pasal Chia Seed ni ?? Dah lama rupanya !
Menurut blogger yang menulis entri tu , Nur Nilam Sari ..dia dan kawan-kawannya dah mencuba Chia Seed. Kesannya ialah :
1. Rasa jauh lebih bertenaga untuk menjalankan tugas-tugas kita seharian. Ini disebabkan vitamin dan nutrien mencukupi di dalam badan kita. Juga disebabkan ia bersifat antioksida, dapat membuang toksin daripada badan.
2. Rasa kenyang sepanjang hari, jadi bolehlah kawal kuantiti nasi yang kita ambil semasa makan tengahari dan malam. Sesuailah dengan kata-kata " Lose Weigth Without Starving ". Ini kerana apabila kita makan 'chia seeds' ni , ia kembang di dalam perut menjadikan perut kita penuh dan terasa kenyang .
3. Boleh menyelesaikan masalah sembelit dengan sangat berkesan.
4. Yang bestnya, pengambilannya membolehkan kita mengawal emosi dan mood kita yang kadang-kadang tidak stabil. Jadi kita boleh menghadapi kehidupan harian kita dengan lebih selesa dan ceria walaupun berdepan dengan macam-macam benda.
5. Boleh membantu sesiapa yang ada sakit-sakit sendi.
6. Membantu mengawal paras gula, jadi sesuai sangat untuk pesakit kencing manis. Dalam erti kata sains chia seeds ni boleh memperlahankan proses pertukaran karbohidrat kepada gula di dalam badan.
7.Mengelak anda daripada dihidrasi iaitu kekurangan air di dalam badan.
8. Makan 2 sudu besar sehari bermakna anda dah berjaya menyediakan badan dengan 7g fiber, 4g protein, dan 5g omega-3 fatty acids.
9. Memperolehi tidur yang sihat dan nyenyak.
10. Pendek kata, macam-macam lagilah.
**Kena simpan stok dalam rumah ! Patut la aku asyik kuar masuk tandas ari ni ! Huhuhuh.. Cer baca kelebihannya sekali lagi ! Huhuh.. Ada can la hilang boroi pasni.. Hahahaa..