Ada kawan kawan di Facebook kasi tau sebenarnya tiada penyingkiran tetapi Elly Mazlein tarik diri ! Terus menarik minat aku untuk mencari punca kenapa dan mengapa ! Aku sangkakan dia tak sihat tetapi….
Hurmm.. takkan kerana komen Tok Ram kot ???? Aku jumpa satu komen di satu status …
Ini jawapan yang aku jumpa dari satu video yang viral dia bersama Dato Seri Vida.. Elly tak perlu simpati orang . Elly masuk Gegar Vaganza ni sebab niat nak cari duit untuk anak dan bapak serta nak tunjuk bakatnya.Elly kecik hati dengan apa yang Tok Ram cakap..
Memang nampak pedas kritikan tu dan Elly nampak sentap tapi takkan la semudah gini dia patah semangat ?? Sepatutnya dia kena berusaha dan tunjukkan yang dia lebih bagus dari apa yang Tok Ram kata tuu !
Tak pe la.. Apa pun , dia dah beri persembahan yang cukup bagus dalam Gegar Vaganza ni. Ketiadaan dia sedikit sebanyak menghilangkan seri Gegar Vaganza kali ini.. yang mana ramai penonton terhibur dengan ‘kemanjaan’ dan suara dia yang bagi aku mampu memberi saingan hingga ke final !
Tapi kan… aku rasa kannn… Dato Seri Vida berjaya pujuk dia dan dia akan ada minggu depan ! Go Dato Seri Goooo ! Hahahahaa…