Ada kawan tanya aku gitu ! Yelah , asyik dok up status gitu jer.. betul ke teruk tahap gitu ??? Secara jujurnya , aku tak tau la negara lain camana.. seperti di China , Hong Kong dan sebagainya.. aku cuma pernah sampai Korea , Jepun , Australia dan Perancis.
Dan yer , kalau dibandingkan di negara kita.. majoriti tahap pemandu di negara kita umpama memandu dalam keadaan stress ! Itu belum lagi part buang sampai keluar dari kereta ! Asap kereta, satu hal lagi ! Pagi pagi dah hirup udara tercemar.. ko rasa camana ?
Aku cuma bandingkan beberapa perkara jer.. Banyak perkara lagi , Malaysia jauh bagus. Tu belum lagi aku cakap pasal pendidikan , cukai dan waktu bekerja ! Di New Zealand , selepas jam 5 petang.. diorang tak nak kerja dah ! Ada yang kata malas tapi bagi aku, itulah yang sebaiknya ! Selepas jam 5 petang ,masa untuk diri sendiri la... untuk keluarga ! Takkan kita nak kerja 24 jam sehari.. sampai mati !
Di New Zealand , mereka hargai kehidupan. Mereka penuhkan masa dengan aktiviti aktiviti bersukan dan riadah. Satu kehidupan yang aku rasa setiap warga kota Kuala Lumpur impikan sangat sangat ! Kita ni dah cukup stress weh ! Pagi pagi dah ngadap jammed ! Pastu dengan tol sana sini !! Kat New Zealand ni , takda tol ! Amik kauuu.. memandu dengan ketenangan gituuuu !
Ok.. ada kata cukai di NZ ni tinggi.. Yer , memang tinggi.. Cukai pendapatan.. cukai GST mereka... tinggi berbanding di negara kita.. tapi segalanya dipulangkan balik pada rakyat ! Dan mereka akur sama sekali. Bayar je... tak kisah pon sebab mereka menikmati kembali segala cukai tu.. termasuk pelancong sekali merasainya.. tak ke best !
Ada yang kata.. ko pindah je la sana ! Kenapa aku kena pindah ? Bukankah kita patut amik sikap positif mereka tu ? Bukankah kita patut belajar dari mereka.. dari rakyat hingga pemimpin ! Kita bukan sekadar gi melancong untuk bershopping atau menikmati keindahan negara mereka.. tapi amik balik sikap positif mereka dan gunakan di negara kita sendiri... sendiri guna dan pada masa yang sama , kita ajak kawan kawan kita berubah.. berkongsi pengalaman !