Hari pertama dan kedua di Osaka , pilihan hotel yang dilantik team Kembara KBBA9, J Horizon Travel ialah Sheraton Miyako Hotel Osaka. Kenapa sini ? Banyak sangat faktor yang menarik. Pada awalnya , aku tak tau sangat sehinggalah aku dan rakan rakan habiskan 2 hari yang cukup bermakna di Osaka ni.
Bagi mereka yang inginkan keselesaan , kemewahan serta layanan 5 bintang maka di Osaka , Sheraton Miyako Osaka Hotel inilah pilihan yang terbaik. Hotelnya cukup strategik. Pertamanya , jika dari Lapangan Terbang Kansai , ada bas limosin terus sampai ke Stesen Kintetsu Osaka Uehomacchi iaitu stesen keretapi di Osaka. Dan kereta limosin , tentu sekali ada juga !
Tempat menarik untuk membeli belah atau melepak seperti Dotonbori dan Namba , hanya perlu berjalan dalam 20-25 minit jer. Jika cuaca sejuk dan dingin , memang best berjalan. Macam kitorang ari tu , peluh pun tak sempat keluar.. Heee.. Best ! Dan tempat tarikan yang lain perlu diakses dengan menggunakan keretapi atau teksi.

Bagi yang nak cabaran.. boleh guna keretapi Kintetsu Line jer.. Sejam perjalanan dan hanya perlu tukar 2 kali. Kalau datang bersama rakan rakan , best. Berbaloi. Boleh lihat suasana di Osaka. Kalau ditanya aku , pada awalnya aku memilih bas tapi setelah menikmati keretapi , aku rasa menaiki keretapi lebih best walaupun aku banyak berdiri di dalam keretapi. Hee..
Pilihan di tangan anda... Nak selesa , kereta limosin je la.
Pilihan di tangan anda... Nak selesa , kereta limosin je la.
Fasiliti dan kemudahan di hotel memang banyak. Ada Miyako Health Club , gym, kolam renang, perkhidmatan Concierge , internet 24 jam dan percuma , farmasi , tempat letak kereta , salon kecantikan , butik dan restoran makanan Jepun dan pub.
Yang bagusnya, hotel ni mesra Muslim. Jika guest adalah Muslim, disediakan sejadah, kompas kiblat , Al Quran. Untuk makan pagi dan malam, juga ada disediakan makanan HALAL. Sememangnya mereka prihatin bab Halal ni. Bertepatan dengan Cosmoderm, produk kegunaan harian aku, adalah suci dan Halal. Boleh digunakan tanpa was was. Mcm hotel ni la jugak.

Pilihan bilik ada pelbagai jenis. Bergantung pada kehendak dan juga bajet korang. Nak selesa ketika bercuti, memang ini antara hotel yg terbaik ada di Osaka.
Untuk keterangan lanjut atau membuat tempahan, boleh ke laman web Sheraton Miyako Hotel Osaka.