Akan melancong ke Jepun ? Dapatkan JR PASS di Matta Fair 2018 !

by - Isnin, September 03, 2018

Aku dan 3 orang rakan blogger #KBBA9 akan ke Jepun awal November ni. Banyak persediaan perlu dilakukan memandangkan mereka belum pernah jejakkan kaki ke sana lagi berbanding aku dah pernah pergi 2 kali. Hee.. rezeki. Memang best Jepun ! 

Ok.. antara persediaan ialah mendapatkan JR PASS. JR ni bermaksud JAPAN RAIL. Maknanya kitorang kat sana nanti akan gunakan keretapi sebagai pengangkutan utama untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Unlimited penggunaan. 

Menggunakan keretapi di sana adalah keutamaan. Dan keretapi kat sana sangat menepati masa. Nah , maksukdnya jika korang beli JR Pass awal awal lagi di Malaysia korang akan jimatkan masa di sana. Tak perlu nak beratur panjang ! Memang panjang wooo nak beratur kat sana. 

Bila beli awal awal kat sini... segala perancangan teliti boleh diaturkan. Kat sana , cuma ikut jer perancangan tu. Best ! Ada macam macam jenis keretapi kat sana. Dari klasik hinggalah ke yang paling moden. 

Ahaa... mana nak beli ?? Meh aku kasi tau.. Matta Fair akan berlansung pada 7hb September ni hingga 9hb September 2018 di PWTC. Bermakna ramai kaki travel akan turun mencari tempat tempat atau pakej pakej menarik untuk mereka lawati. Kat situ laaaa korang boleh dapatkan JR Pass ni. Dan kalau beli kat sana , korang akan dapat cenderahati dari mereka. Hehehe. Kira dah boleh terasa dah macam gi Jepun. 

Ok.... jika berminat , ada 4 booth yang akan jual JR Pass ni. Holiday Tour , Mayflower , Kopetro dan Pearl Holiday yang akan jual JR Pass. Kalau mencari pakej melancong ke Jepun dengan selesa , boleh juga tanya di sana.. Akan ada agen J-Horizons sedia membantu anda. Kitorang ke Jepun nanti pun J-Horizons uruskan segalanya. 






Jika nak tau dengan lebih lanjut , boleh je hubungi J-HORIZONS di 03-21610922.

You May Also Like

2 comments