Belajarlah dari anak anak kita...

by - Isnin, September 17, 2018



Hurm... Belajar apa ? Belajar memaafkan dan melupakan ! Perasan tak yang mereka sering bergaduh kemudian mengadu pada kita yang mana si abang atau adik kacau mereka.. pukul mereka dan minta kita amik tindakan ! Dan tak lama kemudian , mereka bermain semula seolah olah tiada apa yang berlaku sebentar tadi... 

Perasan tadi... bila kita marah mereka...tinggikan suara atau ada yang ternaikkan tangan pada mereka.. mereka menangis bersungguh sungguh dan tak lama kemudian mereka datang kepada kita.. dengan senyuman manis seolah olah tiada apa yang berlaku pada mereka ! Kemudian mereka peluk kita dan melafazkan ' I love you ' dan cukup gembira bila kita melafazkan semula pada mereka ! 

Mereka mudah melupakan seolah olah biarlah semua itu berlaku asalkan orang yang mereka sayang , ada di sisi mereka senantiasa ! Dan kita... kita , orang dewasa ini payah melakukannya walaupun dengan orang tersayang ! Ego begitu tebal sama sekali. Biarlah tunggu dipujuk dirayu atau masa berlalu beberapa ketika menunggu hati sejuk... baru nak ok ! 


Hurm... kenapa payah kita nak meniru sikap anak anak kecil ini ? Kenapa nak dilayan perasaan ego dalam diri yang akhirnya , merugikan diri sendiri ? Masa berlalu begitu saja. Dibazirkan semata mata melayan hasutan syaitan. 

Teringat satu video seorang guru dengan anak anak muridnya.. Kisah berbiji bijik bola golf , puluhan batu kecil , pasir  halus dan air. Jika dimasukkan ke dalam balang kaca , mana satu yang akan dimasukkan terlebih dahulu bagi memastikan semuanya dapat dimasukkan.  Hurmm.. Bola golf mewakili perkara perkara besar dalam hidup besar seperti keluarga..dan balang besar itu mewakili hidup kita. 

You May Also Like

4 comments

  1. Situasa ibubapa dan anak berbeza tu Bro Ben, akan tetapi anak-anak adalah Gen Y yang akan melalui apa yang kita lalui ketika ini. Semoga keluarga Ben bahagia selalu .aamin

    BalasPadam
  2. betul tu..kdg2 rasa malu dgn anak2..hati diorang begitu suci dan bersih..

    BalasPadam
  3. Kalau la boleh jadi macam tu.. tapi realiti..🤔🤔

    BalasPadam
  4. Itulah kan, kadang kita tak sedar perkara ni. Sebab tu kalau saya terlebih marah anak, rasa bersalah jugak.

    BalasPadam