Bukan tak nak tegur ?

by - Khamis, September 20, 2018

" Aaraaa.. tutup handphone. Kat stesen minyak mana boleh main handphone ! ". Tegur Qhaliff pada Zahra. Dia pernah aku tegur sebelum ni menyebabkan dia kembalikan teguran tu pada adiknya pulak. Heeee...  Automatik , mak dia pun tutup telefon sementara aku.. isi petrol ! 


Yer... selain dilarang merokok di kawasan stesen minyak , bermain telefon pintar tak kira dalam atau di luar kenderaan adalah di larang sama sekali !

 " Apasal lak tak boleh main telefon pintar di stesen minyak ?? Bukannya boleh keluar api pon ! ".

Aku tau.. mesti ada yang bersuara gini di dalam hati. Nak tinggalkan komen mesti aku tak balas punya kan ? Hahahah.. Ok... Buat yang tak tau , ada dah kes kenderaan terbakar yer ! Haa.. Kena rajin skit tengok video di Youtube dan juga membaca info info menarik di media sosial. 

Korang perlu tahu yang telefon pintar boleh menyalakan bahan api atau fumes wap. Telefon pintar yang hidup boleh melepaskan tenaga yang cukup untuk menyediakan percikan bagi melakukan pencucuhan.

Shell Oil Company telah mengeluarkan amaran selepas tiga kejadian di mana telefon mudah alih (sel telefon) menyalakan wap semasa operasi mengisi petrol. Dlm kes pertama , telefon itu diletakkan pada pintu kereta semasa mengisi; ia berbunyi dan api yang berikutnya memusnahkan kereta dan pump petrol

Dalam kes kedua, seseorang individu mengalami kebakaran yang teruk di muka apabila wap menyalakan kerana mereka menjawab panggilan semasa mengisi minyak kereta mereka!

Dalam kes ketiga, seseorang individu melecur di paha dan pangkal paha apabila wap dinyalakan semasa telefon, yang berada dalam poket mereka, berbunyi ketika mereka sedang mengisi petrol kereta mereka. ( Sumber BonusRakyat ).

Semalam , ketika aku mengisi petrol.. aku tertarik dengan bunyi sebuah kereta yang penuh dengan sticker. Kira gempak abis laaa.. Takut tengok. Garang kereta tuu... Tuan dia sibuk isi petrol. Enjin tidak dimatikan. Mata aku meliar mencari alat pemadam api. Jika berlaku sesuatu yang diluar jangkaan , aku dah standby... atau aku mungkin buat tak tau jer.. hidupkan kereta dan berlalu je. Biarkan je kereta dia terbakar ! Padan mukaaaa ! Sombong sangat. Muka pun kerek je masa isi minyak tuuuu ! Tapi tak baik la buat gitu kan. Mana tau ada penumpang lain dalam kereta tu... lebih lagi kalau ada budak budak ! 

Sejujurnya.. orang Malaysia ni payah skit nak ditegur. Silap ari bulan boleh bergaduh kat situ gak. Lebih baik pandang je la.. dan luahkan di media sosial dengan harapan , kawan kawan kita tak lakukan perkara yang tak cerdik tu... 

You May Also Like

7 comments

  1. bagusnya qhalif dah tau pantang larang kat stesen minyak.. :)

    BalasPadam
  2. Paling sedih ada yang merokok sambil isi minyak....macam hilang sabar pulak bila nampak depan mata gitu...

    BalasPadam
  3. gerunnya kes macam ni.. sekarang memang dah automatik akan smpan enset kalo p isi mnyak

    BalasPadam
  4. Memang handphone simpan dlm beg setiap kali isi minyak, enjin pun matikan. Takut haihhh kejadian gitu!

    BalasPadam
  5. Yup, scary! Mmg kene off engine bila di stesen minyak

    BalasPadam
  6. comel anak Bro Ben..rindu pula dengan anak2 saya masa kecil..

    BalasPadam
  7. samalah ngan nad, kalau nak isi minyak takkan sentuh phone..lepas tu nak isi kena matikan keeta..selalu bgtau husbnad..hahaa

    BalasPadam