Jom sertai Bridges Night Ride 2018 di Putrajaya

by - Selasa, September 18, 2018

Putrajaya semakin menarik perhatian terutama. Untung aihh orang Putrajaya. Dulu aku pernah la bergelar penduduk Putrajaya sehinggalah wife aku beli rumah di Sepang. Maka kenalah keluar dari kuarter tu. Kasi peluang kat orang lain lak duduk. Takkan nak duduk gak kan ? Huhuuh.. 

Banyak aktiviti di Putrajaya dan aku sangat alukan aktiviti begini. Yelah , positif kan ?  Dan sebaiknya perlu la penglibatan dari agensi lain seperti AADK , PDRM dan sebagainya. Wujudkan masyarakat positif bersama sama.. kan kan ? Tak la bazir duit buat program lain lain. Huhuhuh..

Nak join tak ? Basikal takda ? Dengarnya boleh sewa basikal di KBS.. betul ke ? 


" Program kayuhan basikal WTD 2018 ini akan diadakan di sekitar Putrajaya dengan tiga (3) kategori jarak iaitu lima (5) kilometer, 10 kilometer dan 20 kilometer. Program ini adalah bagi memberi peluang kepada para peserta berbasikal untuk menikmati keindahan dan keunikan Putrajaya khususnya jambatan yang terdapat di sekitar bandar ini dan seterusnya sebagai sokongan kepada sambutan WTD 2018.

Selain itu, terdapat juga acara sampingan lain seperti pertandingan swafoto di lokasi jambatan Putrajaya sepanjang acara dijalankan. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan hashtag #PBNR, #putrajayanightride dan #WTD di Instagram dan akan diadili oleh pihak MOTAC, PPj dan Tourism Malaysia. Pertandingan Perarakan Beroda atau Parade of Wheels juga akan diadakan pada malam tersebut. Ia merupakan pertandingan perarakan sikal tanpa enjin. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada para pemenang. 

Selain itu, terdapat juga Singgah Seni @ Dataran Putrajaya di mana pelbagai persembahan menarik akan ditayangkan oleh bakat-bakat seni seperti Precintnotes, persembahan tarian oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan juga persembahan Brass Band. Bukan itu sahaja, terdapat juga kuiz mengenai pelancongan dan gerai jualan dan food truck menanti anda.

Budapest, Hungary akan menjadi tuan rumah bagi sambutan WTD 2018 di peringkat global pada tahun ini. Tema sambutan WTD pada tahun ini ialah “Tourism and the Digital Transformation”. Acara kemuncak sambutan WTD 2018 akan disempurnakan oleh YB Menteri Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia di Pusat Maklumat Pelancongan Malaysia Kuala Lumpur (MaTiC) pada 27 September 2018. Pelbagai program sempena sambutan WTD 2018 turut akan diadakan di MaTiC mulai 26 September 2018 antara lain, pameran pelancongan interaktif bertemakan Tourism and the Digital Transformation.  "

You May Also Like

9 comments

  1. putrajaya selalu je ade event kan..best ni berbasikal

    BalasPadam
  2. Bestnya. Selalu jugak ada event berbasikal besar-besaran kan.

    BalasPadam
  3. Menarik ni.. kenapalah dulu masa dok Putrajaya tak ada acara mcm ni. Sekarang macam2 acara dah ada.

    BalasPadam
  4. Best yer org putrajaya, macam-macam aktiviti sihat.

    BalasPadam
  5. Bestnya, lama jugak tak berbasikal... Nak pulak boleh sewa basikal, ngam sangat la... Nanti org tgk jadual Jean mase date tu... Klu ok, bleh consider ni...

    BalasPadam
  6. best ni...dah lama tak buat aktiviti seperti ni...

    BalasPadam
  7. Dah macam-macam event kat putrajaya sekarang ni

    BalasPadam