Memburu Tecoma di Putrajaya

Cuti Hari Malaysia aku tak nak abiskan masa di rumah. Aku nak buat sesuatu yang menarik. Hehehehe.. Memburu bunga bunga Tecoma di Putrajaya yang mana ramai kata kembang dengan lebatnya dan menaikkan keindahan di Putrajaya. Tambahan pulak ari tu aku nampak di kawasan tadika anak aku , banyak pokok Tecoma berbunga dengan cantiknya. Tapi sayangnya aku tak dapat nak amik gambar sebab anak anak dalam kereta. Kang kalau aku gi amik gambar , diorang tak terjaga lak. Wife takda lak. Huhuh.. sebab tu cuti ni aku gi lepaskan perasaan aku pada Tecoma. Heee.

Beberapa kawasan dikesan antaranya Presint 2 , 8 dan 1. Banyak lagi tapi tak dapat nak pusing sebab hari hujan. Nak amik gambar pun tak cantik sangat.. Cahaya tak begitu menyinari. Heeee... Tapi aku tetap amik gak ! Huhuhuh... 

HIilang terus rasa rindu pada Jepun dan New Zealand bila melihat bunga bunga Tecoma ni dtambah lagi dengan suhu dingin diantara 22-24 darjah Celcius , ketika tu.. Belum hujan lagi tu. Hujan mungkin jatuh lagi. Alhamdulillah.. Sejuk jer.

Dan kelihatan bukan aku saja yang sedang memburu Tecoma. Kelihatan ada banyak juga kenderaan di parking tepi jalan dan bergambar di sisi pokok. Huhuhu..








Sibuk gak la nak bergambar. Hahaha.. Zahra memang teruja dengan PINK ! 

Puashati. Alhamdulillah. Dapat gak melihat kecantikan musim bunga di negara sendiri. Dan berharap satu hari nanti musim luruh pulak akan dinikmati. Dah kelihatan dah pokok pokok berdaun merah kuning gitu cuma belum banyak lagi. Huhuh..Salji ? Hahahaha.. Mana, bisaaaa.. Kalau  salji turun gak tu, haaaa... bagi yang belum bertaubat.. cepat cepat la yer !

Bagi yg kaki bergambar..cepat tau. Nak abis dahhh bunga. Dah tak lebat. Byk gugur dah. Huhu..


1 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.