Riadah bajet di cuti panjang !

by - Sabtu, September 15, 2018

Perancangan dari minggu lepas. Sebenarnya , lama dah aku teringin nak beriadah begini bersama keluarga. Di kawasan yang mana internetnya rendah maka dapat luangkan masa berharga bersama keluarga tanpa gangguan gajet ! Heheheheee..  

Ke Sungai Chongkak lagi. Kenapa sungai ? Walhal laut lagi dekat dengan aku ??? Sesungguhnya aku punya kenangan manis ketika kecil dahulu. Parents aku suka bawa kami , adik beradik beriadah di sungai. Banyak sungai kami teroka terutama di area Hulu Langat. Setiap tempat  yang dilalui mengamit kembali perasaan aku ketika kecil dahulu.. Dan aku nak anak anak aku merasainya sebelum aku tiada. 

Biarlah mereka belajar mencintai alam semulajadi dan jangan takut dengan hutan rimba yang mana selama ni mereka lebih biasa dengan persekitaran bandar. Dah besar gini boleh la bawak masuk hutan.. Hee..

Dari rumah aku , Sepang nak ke Sungai Chongkak mengambil masa lebih dari sejam. Qhaliff memang akan kebosanan dan memang kerap bertanya bila nak sampai. Biarkan ! Barulah dalam kereta dia tanya pelbagai soalan. Ketika ni baru nampak dia punya 'kebijaksanaan' bila menerangkan sesuatu pada dia. 

Selain dari tu , aku memilih sungai sebab bajet pun kecik. Ni takkk.. asal cuti jer , ke shopping mall ! Huhuhu.. Letih aihhh... Bosan. Tak berkembang minda. Hahahaha..  Tadi kat sana pun , baru dia bertanya... " Tu bunyi apa , daddy ?". Aku jawab.. " Tu la bunyi unggas. ". Haaaa.. Dan dia bertanya lagi... " Unggas tu apa  ? ". Jawab aku , " Pasni kita tengok National Geography lak yer. ". Hee...

Alhamdulillah. Persediaan kali ni lebih teliti. Wife sediakan makanan kali ni. Tak seperti kali pertama pegi... masing masing kebuluran. Huhuhu.. Nak membeli pun , malas sebab takda yang menarik perhatian untuk di makan walhal banyak jer kedai atau gerai tepi jalan sepanjang perjalanan ke Sungai Chongkak tu. 

Nak masuk ke Taman Rimba Sungai Chongkak ni dikenakan bayaran. RM1 untuk orang dewasa manakala bawah 12 tahun , percuma. Alhamdulillah.. bagus gitu ! Tandas , tempat salin baju banyak disediakan. Begitu juga surau malah kalau nak buat gathering atau perkhemahan , amatlah sesuai sekali ! Sungai Chongkak ni lebih pada kekeluargaan. Memang seronok la datang beramai ramai. Kalau nak selesa , boleh tempah calet. Hee..

Aku sekeluarga sampai sini jam 11 tengahari. Orang tak ramai lagi. Terus masuk dengan kereta. Kena bayaran sebanyak RM15.  Ok la bagi aku. Tempat bersih serta terjaga. Bayar gitu pun berbaloi la. 







Alhamdulillah.. Anak anak happy kecuali Aariz yang masih belum dapat terima akan kesejukan air. Pasir dah boleh terima dah. Hahahaha.. Sebelum ni , nak pijak pasir sungai pon taknak.. Hahaha.. Anak bandar sungguh laaa.. 







 



Ok la kan ? Diorang nak main air jer. Kalau nak berenang , sesekali layan kolam renang je la. Bagusnya bila di tempat gini , nampak sapa lebih berbakat untuk jadi kaki hiking... rasa rasa korang sapa ? Qhaliff atau Zahra ? Hehehehe.. Yang bijak bergerak dalam sungai ialah... Zahra. 

InshaAllah , pasni boleh ke sungai lain lak tapi rasanya Sungai Chongkak pun dah ok. Kalau nak camping , aku cadang nak ke Riverine Nature Camp ! Hehehe.. Best situ. Boleh jalan ke Tasik Raban gak. 

Esok.. ada plan lain lak. 


You May Also Like

5 comments

  1. Dari highway ke sg chongkak mudah tak jalannya. Kami sekeluarga biasa ke tempat bukit gini, anak beranak semua suka tempat macam ni, soothing dari asyik ke shopping complex ja :D

    BalasPadam
  2. Lama dah tak pi piknik kat sungai camni. Tapi saya suka ke Pulau Santap Janda Baik, best situ. Nanti trylah pergi!

    BalasPadam