Fuh... nasib baik laa aku dah kawin ! Hahaha.. Kalau belum kawin , rasanya boleh cari jodoh kat tempat ni ! Hahaha.. Orang yang datang sini bukan datang kosong. Diorang datang lepak sini bawak buku. Handphone semua letak tepi. Takda yang main game bagai. Memang diorang datang sini hanya kerana buku dan buat assigment ! Fuhh...
Terletak di Cyberjaya , Tamarind Square ni kalau tengok dari luar nampak macam mati ! Hahahaha.. Tapi bila masuk ke dalam , baru tau rupanya meriah ! Nahhh... tak kira la muda tua , kalau korang kaki membaca , sinilah tempatnya. Di sini ada satu kedai buku dipanggil Book Xcess. Haa , dibuka 24 jam !!! Tak tutup okkk... Dalam ni korang boleh baca.. boleh lepak. Ada cafe dan juga tempat korang nak baring buat kerja ! Takda sapa nak marah !!
Aku sempat beli beberapa buah buku. Anak anak aku pun shopping buku serupa esok nak tutup dah Book Xcess tu. Murah siot !
Dan ada Village Grocier yang mana dalam ni ada jual macam macam barang keperluan. Murah murah woooo... Boleh giler la jap bila dalam ni. Hahaha.. Kalau malas nak lepak dalam tu , boleh lepak kat luar. Di taman yang cun. Ramai je datang bergambar kat situ.
Aku lepak minum kat Book Barter Cafe. Kat cafe ni korang boleh bawak buku korang dan tukar kat sini. Carilah buku yang berkenan pastu letak buku korang. Beli je air yang paling best kat cafe ni kemudian lepak kat tepi kolam ! Hahaha... Romantik gituuu...
Selain buku , air , makanan dalam Book Barter Cafe ni pun sedap sedap. Sambil makan , boleh ngunyah gitu.. Harga pun murah jer,
Bagi korang yang nak rehatkan kepala otak dari media sosial , telefon pintar.. boleh ke sini. Bawak buku sendiri pon ok. Nak buat kerja rumah kat sini pun ok. Takda sapa nak larang. Memang tempat ni khas untuk ulat buku. Syok oooo... Yang sedang bercinta , mesti akan cepat terasa masa berjalan ! Hahaha.. Jangan lupa bawa kamera juga. Banyak tempat menarik untuk bergambar..bersama !
Hensem jugak aku kan...
Untuk ke sini tak susah pun. Waze jer. Confirm jumpa. Dan kalau nak parking , sila parking atas.
13 comments
Okeh hujung minggu ni bawa anak ke sana
BalasPadamTq bg idea tmpt utk lepak baca buku..
BalasPadamBestnya.. My kind of place utk lepak.. Nanti nak ajak husband n anak2 pegi sini lah..
BalasPadamSuruh mom datang sinilah.. Kot mana tahu jumpa jodoh mom... Eh... Heheheh
BalasPadamOk menarik ni. Rasa dah lama tak lepak lepak baca buku sambil minum kopi. Bestnya relaks gitu
BalasPadamMmg bestt! Teruja betul masa 1st time pegi..
BalasPadamMenarik, nak bawak anak² jugaklah lepas diaorang habis exam nanti!
BalasPadamWow..Bagusnya tempat ni..Anak2 Eirna mesti suka sgt klau tau tempat ni banyak buku..Dan blh makan sambil membaca...Good idea....
BalasPadamBest gak kalau baca buku sambil coci mata
BalasPadamMenarik tempatnya .. best laa bawak anak jalan2
BalasPadambestnya..ada tempat macam ni
BalasPadamSangat best kalau bawa anak-anak ke sini
BalasPadamTamarind Square feeling dia line sikit. Best suasana nya
BalasPadam