Teruja dengan sekolah baru dia !

by - Jumaat, September 21, 2018

Hari tu dia ikut mak dia ke sekolah baru dia. Nak hantar surat tawaran ke sekolah tersebut Sebelum ni ada buat permohonan untuk ke sekolah di area Putrajaya tapi disebabkan bukan penduduk situ maka tak diterima. Maka kenalah sekolah area rumah aku jer. Alhamdulillah...perancangan Allah tu sangatlah hebat. Tak payah nak jauh jauh dah gi sekolah. Jalan kaki jer gi sana. Heee.. 

Dan Qhaliff.. sewaktu aku tanya dia , suka ke tak sekolah tu ? Dia jawab suka. Cikgu baik pastu guard pun ramah. Huhuhu... Tak lama dah. Bulan 11 ni dah induksi. Takda exam di sekolah ni. Student pun tak ramai. Dalam 5 kelas jer untuk tahun 1 , tahun ni. Tahun depan tak tau la berapa. Aku check di FB , sekolah ni sangatlah aktif.

Perancangan... aku atau wife hantar gi sekolah dan aku kena amik. Cuma sekarang ni , satu jer... sekolah KAFA. Hurm.. kalau dia nak gi sekolah KAFA di sebelah petang, nak kena berambik berhantar. Sapa nak buat ? Kalau aku takda kerja , ok la... Kalau ada.. Kena ada plan B !





Dan si kakak ni... akan masuk Tadika. Dia pun tak sabar dah nak berkawan. Cuma risau satu jer. Dia ni garang . Hahahahaa.. Mampu berdikari dan tak kisah pun takda kawan. Dia boleh bikin dunia dia sendiri.

Hurm... kaki menari dan menyanyi. Nampaknya , akan aktif la dia kat tadika nanti.




Tinggalah aku ngan Aariz jer. Berdua di rumah. Ke nak up sorang lagi ? Hahahaha.. Adeh... Tua dah nak up sorang lagi. Kang dah cecah 50 tahun.. antar anak ke sekolah... Ada yang menegur sapa..

" Hantar cucu ke , pakcik ?" . 

Arghhh...

You May Also Like

5 comments

  1. semoga Qhaliff cemerlang dalam akademik..

    BalasPadam
  2. Cepatnyaaa dah besar dah Qaliff, dah masuk tahun 1 ek..
    Umur anak ko tu aku kenal ko Ben hehehe..tapi sebelum tu dah kenal gak ko..hehehe
    Nak tambah lagi? hahaha aku setuju ayat ko tu hahahaha..sama dengan ayat laki aku :p

    Dan kalau aku pun dah tak kowser dah nak berjaga malam hahahaha

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..seronok Qhaliff ya dah tengok sekolah baru..
    Bakal-bakal jadi murid aktif di sekolah Zahra ni nanti..bagus-bagus..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dpt jugak Qhaliff sekolah, sama dengan Airis tak sabar nak masuk tahun satu.

    BalasPadam
  5. seronok qhaliff..kejap je masing-masing dah besar

    BalasPadam