Yer, anak aku tak pandai cakap omputeh !

Sebelum gym , aku ajak wife ke Alamanda untuk beli barang dapur. Aariz dan Zahra kaki geledah peti ais. Aariz paling dasat. Selagi dia tak jumpa apa apa yang boleh di makan , dia akan duduk kat situ ! Atau mengamuk. Antara makanan kegemaran dia ialah Yogurt. Awal dulu dia tak suka tapi disebabkan kegatalan aku bagi dia rasa Yogurt Greek , terus dia melekat sehingga sekarang. Huhuhuh.. Padan muka aku.

Selepas membeli barang di AEON , aku sekeluarga menghala ke tempat letak kereta. Di satu booth , aku terberhenti. Wife nak beli kurma dan habatus sauda. Er , aku punya. Aku memang suka makan sebelum tidur. Baguss wo ! Aku suka makan sebab boleh hilangkan sakit gigi. Heeee.. Alhamdulillah , aku tak pernah sakit gigi sejak amalkan. Meh aku kongsi skit kebaikan makan habbatus sauda ni. 

  • Makan 7 biji Jintan Hitam sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur. Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.
  • Goreng 1 sudu kecil Jintan Hitam dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah 1 sudu besar madu. Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.
  • Rebus susu segar atas air mendidih. Campur 1 sudu teh Jintan Hitam. Campur 1 sudu besar madu. Kemudian minum suam sebelum melakukan hubungan suami isterii. Kebaikan: kesihatan tenaga batin.
  • Campur serbuk Jintan Hitam dengan air suam dan berkumur. Kebaikkan: mengurangkan sakit gigi.
  • Campur 1 sudu besar cuka dan 1 sudu kecil Jintan Hitam. Kebaikkan: membunuh cacing dalam perut.
  • Campur 1 sudu kecil Jintan Hitam, 1 sudu kecil perahan limau dan 1 sudu besar madu. Makan 2-3 kali sehari. Kebaikkan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.
Kurma lak , aku suka makan 3 bijik sebelum tidur. Bangun tidur , confirm akan memerut. Lega sungguh. Lawas. Dan menariknya , lepas membuang tu, tak la kebuluran dan aku tetap segar. Kurma ada banyak khasiat. Sebab tu kalau korang perasan la kan , sewaktu kita berbuka puasa..kena makan kurma dulu. Antara sebabnya ialah untuk pastikan kita lawas. Makan macam macam tapi tak leh membuang , naya la kan ! 


Sewaktu menanti wife memilih , dua orang anak aku dah ke booth sebelah. Haishhhh... terlepas jugak aku. Antara sebab mereka pergi adalah untuk dapatkan belon ! Yer, sapa sapa yang biasa ke Alamanda bersama anak pasti tau booth yang aku maksudkan ni. 

Booth ni menjual produk yang sangat bagus tapi sayangnya aku tak mampu nak membeli sebab harganya yang .. hurm.. Dan risau akan jadi satu pembaziran. Aku pernah sekali ditemubual oleh staff di situ dan hampir membelinya tapi selepas memikirkan kembali , terus batalkan niat.

Mula mula diumpan dengan belon kemudian bersoal jawab dalam bahasa English dan juga bahasa Melayu. Qhaliff ni dengan orang luar dia malu sangat. Payah nak dengar suara dia. Zahra ni ok cuma dia masih ada pelat dia. 

Aku perhati jer dari jauh. Kemudian mereka diajak membuat satu latihan  Matematik. Aku pun pergi la tengok. Hurm.. Dalam keadaan begini , Qhaliff memang sukar nak fokus. Dalam kepala dia nak main tapi dia masih berusaha nak menjawab. 

Staff tu datang nak bercerita pada aku tapi aku cepat cepat celah. Aku bagitau dia yang produk dia jual tu bagus tapi aku tak mampu membelinya. Katanya boleh bayar bulan bulan dan aku sekali lagi menolaknya dengan memberitahu komitmen aku setiap bulan tinggi. Tak boleh nak tambah hutang lagi. Yuran tadika dia pun beratus ringgit sebulan. Tahun depan tambah sorang lagi. 

Dia senyum jer. " Tadika private yer ? ". Aku bagitau yang tadika kerajaan di rumah aku ni takda. Kalau ada pun tak boleh nak masuk sebab tangga gaji ibu bapa. Kemudian dia terus menyoal dan bermain dengan Qhaliff. Begitu juga dengan Zahra. Dok cakap dalam English gitu. Aku tengok je la. 

Lama juga sangkut kat situ. Wife datang dan aku blah dulu. Gi simpan barang dalam kereta. Aariz pun dah buat pasal. Dia nak turun bermain kat situ. Diorang pun umpan dengan permainan pada Aariz tapi Aariz tak berminat. Dia menuju ke arah abang dia yang dok selesaikan soalan Matematik. 

Selepas aku pergi... wife pun datang bersama Qhaliff dan Zahra. Dan dalam kereta kami berbual. Aku cerita segalanya. Dan sampai part TADIKA PRIVATE , dia berkata sesuatu.. 

" Oo.. patutlah dia ada kata tadi.. Tadika Private tapi tak reti cakap English. ". Lebih kurang begitulah. Aku kerutkan dahi. Amboiii.. takkan sampai gitu pemikiran dia kot ? Dia ingat aku antar anak aku ke tadika private sebab nak suruh pandai cakap English ke ? Hurmm... 

Wife bercerita lagi.. Orang tu tanya usia Zahra. Dia bagitau la 4 tahun. Orang tu cakap , Zahra 4 tahun tapi lom tau mengira lagi. Wife senyum jer. Malas nak membalas. Amboi... Qhaliff di usia Zahra pon tak tau apa apa lagi. Sekarang ok jer. 

Hurm... Mungkin dia lom ada anak. Kalau ada , dia takkan cakap begitu. Aku membebel dalam kereta. Geram ! Ngan aku tadi takda pulak nak cakap gitu.  Kalau produk tu murah , ok laa. Ni dengar harga pun dah telan air liur ! 

9 ulasan:

  1. ohhh pernah kena gak ....siap cakap ..akak tak nak anak akak jadi pandai ker ?

    BalasPadam
  2. Adooi sya pulak yang terasa..seram bulu roma saya lah dengaor orang cakap gitu. Etuza lebih dahulu ada anak ramai 7 orang..tak sama otak pemikirananak-anak ni. Yg dia cakap gitu Etuza bantah habis2an lah..geram jg orang cakap gitu. Ni nak bagitau..umur 3, atau 4 tahun kenal huruf dapat sebut angka ha itu cukup terbaik itulah namanya prosesnya..pasti dah masuk sekolah lagi lancar pantas tu..anak2 saya 4 dah masuk U walau ada yang dah 6 tahun merangkak membaca..anak first ja cepat pantas ..Doktor dah dia Alhamdulillah..Nasihat aya pada Ben, ambil kata2 itu sebagai perangsang, tak perlu ambil perduli..kita tau mengatasi anak-anak kita. InshaAllah..

    BalasPadam
  3. appaun caranya nak pancing beli produk tu kan.
    Tips2 lain cara tradisional rangsang tanpa henti lagi berbisa nak bagi anak cepat pandai..tak perlu membazir itu ini..

    BalasPadam
  4. Allahu Akbar..macam tu pula ya persepsi dan kesimpulannya..

    BalasPadam
  5. Hahahahaha.. Diorang mmg akan buat mcm-mcm nak suruh kita beli.. Bak kata Aben.. Kalau harga murah oklah jugak.. ni dengar harga pun dah telan air liur..

    BalasPadam
  6. Saja buat hot lah tu.Kami biasa tak singgah/tolak offer untuk singgah ke booth macam ni. Pergi shopping acah-acah time limited. 😊

    BalasPadam
  7. Pernah jugak kena camni, sebolehnya mereka nak paksa kita beli. Macam² diumpan kat anak².

    BalasPadam
  8. Macam2 laa kan .. sebaiknya nak jual barang tak yah nak compare2 la anak2 orang . Buat org tak suka jer kan

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.