Terbaca berita mengenai suami penyanyi terkenal dihadapkan ke mahkamah dek atas tuduhan dera anak. Tercari gak di mana dan apa yang dilakukan sang ayah pada anak kesayangannya. Hurm... si ibu tak nak komen apa apa. Serah pada mahkamah. Tu je aku boleh ulas sebab aku risau ulasan aku tak tepat..
Aku ada 3 orang anak. Masing masing masih kecik. Yang si sulung , dah berakal sedikit.Alhamdulillah. Nampak macam mudah nak didik. Tapi bukan dengan aku la.. Ngan aku , diayam-ayamkan jer. Bila aku marah , merajuk masuk bilik. Ngan maknya, mudah belaka ! Kena gi pujuk semula. Cakap baik baik...peluk.. cium dahi... baru ok ! Huhuh..
Zahra, jenis pandai main psikologi ngan aku. Kalau aku cakap keras , dia buat bodoh. Kena cakap lembut lembut jer. Mengundang amarah ? Hurm.. sebenarnya tak pun.. mudah jer. Kena didik dan terangkan betul betul... tunjuk contoh dan diorang ikut.
Aariz ? Dan nak masuk 2 tahun.. nampaknya dia ni mencabar sedikit tapi dah makin mudah nak ajar dia. Kadang kadang dia saja suka provoke.. Sesekali aku 'babap' tangan dia... saja nak tengok reaksi dia. Merajuk , cari mak dia. Si kakak akan bela dia. Abang , tengok jer.. tapi simpan dulu. Dia tunggu aku cool dulu baru dia kembalikan laporan pada aku..
" Daddy pukul Aariz tadi kenapa ? Dia kan baby lagi ? ". Biasanya gitu laa...
Tak perlu rotan rotan. Kita kena tunjuk contoh dari awal lagi. Diorang pon reti tertekan gak. Hujung minggu , luangkan masa dengan mereka. Bawak berjalan ke rumah sepupu. main sesama mereka.. bawak beriadah mana mana... barulah diorang sendiri hormat dengan kita..
Dan paling penting.. pasangan kita kena bijak baca emosi kita. Bila kita dalam mood tak bagus , minta pasangan cepat cepat take over ! Jangan bagi amarah menguasai diri bila bersama anak anak. Bahaya sangat tu. Jangan menyesal selepas melakukan sesuatu di luar kawalan.