Sambungan dari episod 5
" Ben , Ana nak no telefon kau . Dia nak tanya sesuatu katanya ."
Sms yang tertera di telefon bimbit aku yang dihantar dari Wan Kembong. Kenapa aku panggil dia Wan Kembong ? Bukan pasal perut dia . Tapi sebab kata-kata dia tu yang penuh kekembongan bila berdepan dengan perempuan ! Manis tapi penuh angin jer .. Hampeh.. Tapi peliknya boleh pulak diorg terpikat ! Agaknya sbb dia tu bergaya kot . Tu kelebihan dia nak dibandingkan aku yang pakai baju murah dan jeans memanjang. Aku tak utamakan gaya ketika belajar. Yelah , guna duit orang tua. Kena la berjimat kan ?
" Hurm.. bagi je la .. "
Ringkas . Hehe.. Kononnya jual mahal agar tak nampak terhegeh hegeh padahal mahu saja aku buat kenduri 7 hari 7 malam tanpa henti !
Aku kembali membelek laptop buruk aku . Setiap malam sebelum aku mulakan pembelajaran , blog wajib aku kunjungi. Nak update untuk malam dan esok harinya. Tak boleh dibiarkan sepi walaupun sesibuk mana sekali pun.
Telefon bimbit aku berbunyi lagi. " Apa lagi si Wan neh ? " .
"Salam Beben .. Maaf ganggu awak . Ada perkara nak tanya awak tapi esok saja . Izin saya simpan nombor awak yer . Riana. "
" Hah ????? " . Aku gosok mata aku berkali-kali seolah olah tak percaya apa yang aku baca kandungan sms tersebut . Tapi kenapa dia asyik panggil aku BEBEN jer ? Nama manja tu.. Huhuhu..
RIANA ... Mimpi ngeri lagi aku malam ni !