Pasni jarang laaa dapat gi Cheras atau kalau nak gi pon kena ikut jalan takde tol .. Sian kat Qhaliff .. Takleh gi lepak sana sangat dah ..
Kenaikan tol ni aku sokong sangat laaa KALAU menteri turut sama membayarnya dengan guna duit poket sendiri dan pastikan tiada escort ikut sama .. Maksud aku , tak leh la main tipu .. nak guna polis utk kasi cepat .. Kalau nak cepat sampai , kena la rancang perjalanan , seperti rakyat..
Kalau nak kata menteri ada kerja rasmi , rakyat yang kerja dengan kerajaan camana pula ? Menteri kena tunjuk contoh untuk rakyat ikut . Barulah rakyat respek ! Kan kan ?
Terus terang la .. aku sangat terbeban dengan kenaikan tol ini yang mana akan turut sama memberi kesan pada barang keperluan harian juga. Tak caya ? Tengok la nanti .. Maklumlah , segala kos akan diambil kira.. Sapa nak rugi kan ?
Nasib baik aku Mr.Mama dan pejabat aku cumalah di rumah .. Kesian kat rakan rakan lain. Makin kena kerja dengan lebih keras lagi ..