Anak buah aku yang dimasukan wad kelmarin sbb demam panas .. Suhu mencapai 40 darjah.. Alhamdulillah , beransur pulih. Tapi masih ditahan di wad Hospital Sungai Buloh.
Apa kes ? Tak berani nak kata la.. Doktor kata sbb ada kahak.. Tapi semua ni berlaku selepas suntikan untuk setahun usia. Aku ni bukanlah nak menuduh tapi banyak isu diperkatakan mengenai suntikan setahun ni. Qhaliff dulu pon , masa amik suntikan tu .. demam dan naik ruam merah walhal dia takde alergik pon sebelum tu !
Banyak orang kata , tak perlu amik sebab tak tau apa kandungan vaksin. Ok , aku malas nak bertekak pasal ni cuma lepas ni , untuk adik Qhaliff .. aku dok pk perlukah ? Nak kena tanya pakar ni ..
Bukan apa .. aku ada serba sedikit info mengenai menda ni cuma apakah ianya sahih atau tidak ?? Tu jer .. Hurmm..