Hurm.. nak sambut kat mana eh ? Abang dia ari tu , sambut kat Secret Recepi Alamanda jer.. Yup , secara jujurnya.. aku dan wife tak larat nak buat parti atau majlis sambutan hari lahir ni..
Bukan apa.. nak sambut satu hal.. Nak cari tempat satu hal.. Nak jemput tetamu satu hal. Nak layan tetamu , lagi banyak hal.. Tak layan atau terlepas pandang , lagi laaa !
Maka.. buat keputusan.. kami anak beranak je la makan kek sepotong kat SR tu jer.. Senang.. Banyak hati terpelihara.. kan kan ? Tetamu pon tak yah pening kepala nak belikan hadiah.. kan kan ?
Balik rumah.. wife pakaikan baju birthday girl.. katanya baju tu dapat masa dia usia setahun.. tapi tak leh pakai.. Kali ni baru dapat pakai.. huhuh..
Sayangnya.. kegembiraan Zahra tidaklah lamaaa.. Sayap serta cekak saktiknya , telah dikebas dek Qhaliff ! Tongkat saktinya pon begitu juga..
Tetapi berjaya dirampas kembali !
Segala kejadian ini , aku hanya mampu memandang saja.. kerana.. Aku hanya menunggu masa juga..
Aku pun , teringin jugak woii !
Selamat Hari Lahir Zahra Nur Iman… ke 2 !