Viral hari ni pasal DRYPERS ! Isunya ada yang kata lampin pakai buang ini nipis berbanding sebelum ini. Anak anak aku juga adalah pengguna Drypers ni. Secara jujurnya , aku tak perasan juga isu ini hinggalah aku terbaca di Facebook. Aku rujuk pada wife. Dia kata memang pon yang kebelakangan ni guna lebih cepat penuh dan bocor !
Ok.. aku sendiri pon baru je tukar lampin pakai buang Qhaliff yang berjenama Drypants ni. Berak.. hehehe.. Memang keluar dari lokasi sepatutnya ! Tak timbul pelik sebab aku anggap biasa ! Rupa-rupanyaa !! Hurmm..
Di fan page Drypers Malaysia , ramai pengguna sedang ‘ amuk ‘ ! Dan respon dari Drypers Malaysia ..
“ Salam sejahtera … , terima kasih atas maklum balas anda terhadap Drypers Wee Wee Dry yang baharu. Sila hantarkan butiran peribadi berikut melalui PM supaya Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami dapat menghubungi anda secepat mungkin untuk membuat siasatan lanjut berkenaan isu yang anda hadapi.
1) Nama Penuh
2) Nombor Telefon
3) Alamat E-mel
Terima kasih atas kesabaran anda. “
Hurmm.. Aku tertanya gak. Apakah aku beli yang tiruan punya ? Wujud ke tiruan punya ? Sebab Drypers ni boleh beli dari orang per seorangan kalau tak silap aku.. dengan harga yang agak murah berbanding dari pasaraya.. Tapi , aku beli kat Aeon Alamanda ! hurmm..
Acaner tu ? Selamat tinggal DRYPERS ?