Aku ada terbaca pendapat orang bijak pandai agama mengenai post gambar makanan di FACEBOOK dan beberapa kawan blogger masakan mula ‘diserang’ dengan pendapat memasing ..
Hurm… Bila baca betul betul , ianya lebih kepada ‘mereka yang post gambar masakan yang mana punya niat tertentu .. ianya mampu membuatkan orang terliur kerana harganya yang mahal serta lokasinya ( sbb makan di tempat ekslusif dan jauh ) yang secara tidak disedarinya mampu menghadirkan rasa riak pada orang yang post tu .. Itu pendapat aku laa ..
Berkenaan blogger masakan yang post gambar masakan , sememangnya sapa sapa saja mampu boleh masak gitu kerana mereka membuatnya sendiri malah disediakan resepi untuk mereka belajar mengenai masakan tersebut. Yang terliur tu boleh je cari kat mana mana kedai makan yang ada .. Kenapa perlu dipertikaikan apa yang dah mereka buat selama ni ? Setahu aku , takde la pulak sampai ada yang menjilat skrin kerana gambar tu !
Jika ianya begini .. Contohnya aku gi makan kat Tutti Fruitti jam 11 malam .. Haaa.. Aku amik gambar dan post dengan niat nak kasi kengkawan terliur ! Itu sudah salah la kan.. Berdosa la hukumnya ..
Segalanya bergantung pada niat.. Kalau nak pertikaikan bab post gambar makanan di FB , camana pula post gambar berposing dengan tak menutup aurat , gadis bershawl anggun mengoda , baju baju baru , beg baru , pakaian baru .. bukankah semua itu mampu menghadirkan rasa riak , bangga malah tang gadis gadis ayu comel cam kak ton tu berposing , si lelaki tengok .. camana perasaannya ? Tak ke tetiba si suami karang surat rasmi meminta tambah kuota ?
Aku bukan nak pertahankan sesiapa .. Apa jua yang kita buat , balik semula pada niat dengan berpandukan pada agama .. Mereka yang post gambar melancong ke sana sini , aku pon terliur tengok ! Tapi tak salah kan perbuatan mereka itu jika dipandang dari sudut positif .. Lainlah jika ada rasa cemburu dan dengki ! Sapa suruh malas belajar kan !