Teringat kata kata aku dulu pada seorang rakan blogger yang kerap balik kampungnya di Kelantan. Asal ada cuti lebih sehari dua , Kelantan la destinasinya ! Aku memang respek la.. Sesekali aku suka sakat dia ..
“Alaa.. tak yah balik laa.. Dah selalu balik.. Tak ke mana la kampung tu.. “.
Dan dia senyum jer.. Aku tau sangat orang Kelantan ni. Pantang cuti , mesti balik kampung ! Respek aar !! Bukan dekat Kelantan tu kalau dari KL .. Aku sendiri pon kalau memandu dari KL , memang akan makan sekurang-kurangnya 10 jam..Paling lama , 12 jam.. Kenapa lama sangat ? Aku suka berenti renti .. Bagi aku , perjalanan ke Kelantan , mendamaikan.. Cuma sikap pemandu je perlu aku berhati hati !
Dan sekarang.. Allah telah buka mata aku ! Tiada yang kekal di dunia ini walaupun kampung kelahiran kita ! Astagfirullah al a’zim .. Aku terlupa bahagian tu ..
Banjir baru baru ini telah ‘menghaibkan’ rumah tempat dia dan adik adiknya membesar ! Sesungguhnya , aku tidak sangka sama sekali ! Dan dia sangat beruntung kerana kerap pulang ke kampung halaman. Bayangkan jika dia pulang sesekali atau hanya pulang ketika raya jer.. Apakah perasaannya ? Hurmm..
Antara rumah yang menjadi mangsa banjir baru baru ini di Kelantan. Menurut rakan aku tu , rumahnya telah abis dihanyut air. Namun dia bersyukur ahli keluarganya semua selamat .. Alhamdulillah .
Nasihat.. kalau teringat orang tua tu , jangan tunggu ‘free time’ baru nak lawat atau ziarah. Telefonlah sekerap mungkin jika payah nak dapat cuti.. Jangan biarkan mereka kesepian..