Sebelum aku mulakan bebelan , apa kata tonton dulu video di link ni : digi.my/ben
Ok , dah ? Sudah menjadi lumrah sekarang , gadget di tangan ! Di mana mana , pasti ada gadget di tangan.. Gadget yang aku maksudkan ialah telefon pintar ! Tak kira tempat , tak kira masa.. sampai nak naik krem atau lenguh jari jemari ! Letak je telefon pintar , pegang tab atau laptop pulak ! Adoiii…
Sekarang dah masuk bulan Ramadhan.. Tiap kali masuk waktu berbuka , apakah gini suasananya ???
Ada yang kata tak mampu lepaskan telefon pintarnya.. Ok , apa kata buat satu ikrar atau perjanjian.. Amik satu hari dan jangan sentuh langsung telefon pintar dari awal pagi hingga selepas berbuka ! Kalau ada call emergency , ok la jawab.. Amacam ? Berani tak buat deal gitu ?
Ok.. boleh buat ? Berbuka puasa bersama keluarga tercinta bukanlah dapat buat selalu kan ? Dah tu , kenapa dok sibuk dengan telefon pintar tu.. Hehehe.. Aku pon kena buat ikrar ni gak woo !
Kalau dapat buat yg ni , apa kata buat satu lagi ikrar ! Pada 1 Syawal nanti , dilarang sentuh telefon pintar.. Berani tak sahut cabaran ? Lalalalaaala.. Kuatkan azam wooo ! Ingat , raya datang sekali setahun.. Tunggu punya lama , tapi masa dibazirkan dengan ngadap telefon pintar.. iskh iskh iskh… kan ?
Ok.. Digi sekali lagi membawa mesej khas buat kita semua terutama pengguna tegar telefon pintar dengan kempen #ErtiSosial. Ini satu kempen yang bagus sekali bagi aku.. Sekurang-kurangnya kita sedar akan kesilapan kita selama ini yang terlupa dan terleka serta asyik dengan dunia maya. Tahniah Digi !
Apa lagi ? Digi dan aku menyeru rakan rakan semua , sebarkan pengertian sebenar #ErtiSosial dikalangan kita dan rakan rakan sekalian ! Gunakan media sosial anda dengan sebaik-baiknya. Inilah masanya untuk melakukan kebaikan sesama kita..
Tahniah sekali lagi dari aku untuk semua !