" Qhaliff.. jom gunting rambut.. Tengok rambut Qhaliff , tu.. macam King Kong dah rambut ! Nanti nak gi sekolah , tak hensem. Haa... Nanti Ticer Ayub ngan Ticer Fahmi gelak kat Qhaliff.. tengok rambut cam King Kong. ". Kata aku sambil halakan cermin kat muka dia.
" Hensem tak ? ". Tanya aku. Dia sengih sambil gelengkan kepala.
" Haaa.. Isnin ni nak gi sekolah , mesti nak nampak hensem kan ? Jom gi gunting rambut.. ". Ajak aku sekali lagi.
" Tapi Ticer Ayub.. ". Dia mencelah tapi pantas aku potong... Sayang tul dia ngan Ticer Ayub dia tu.
" Nak hensem ke tak nak ni ? ". Tanya aku sekali lagi. Dia sengih.
Di Alamanda... dia dah lena dalam kereta. Aku biarkan dalam 10 minit dia tidur dulu. Take a nap omputeh kata.. Takda la nanti dia meraung atau buat pasal..kan ? Pastu baru aku kejut dia. Ceria terus. Hurmm.. aku tau nape dia ceria.. Bukan sebab nak gunting rambut pon..
Menghala ke Hairven , tingkat 2. Dia tak nak masuk ! Amboiiiiii... memilih tul laaa ! Aku tau dia nak g mana... A-LOOK !!! Kalau Hairven , baru RM belas belas seingat aku tapi kalau kat A-LOOK , RM33 ! Gunting saja ok !! Huhhh...
Tapi ok laa.. aku rasa dia tak suka Hairven sebab dulu rambut dia pernah digunting kat situ dan tidak memuaskan hatinya.. hahahah.. A-LOOK pon nampak kelas skit. Hahaha.. dia ni memang poyo skit part ni. Nak kelas gituuu..Siap... Upahnya ?? Hurmmmmm....
Dan Zahra , aku tak bawak sama sebab badan lom sihat sangat. Kasi dia berehat betul betul di rumah..