Aku tergaru kepala ! Selepas ni kena pikir panjang untuk guna teksi .. Hurmm .. Samada nak jalan kaki atau keluar duit yang berbaki untuk sara diri !
Tapi yang berlaku ? Tambang teksi dinaikkan antara RM1.25 dan RM8.00 mengikut jarak perjalanan dan lokasi, berkuatkuasa serta-merta manakala tambang bas ekspres naik 2.1 sen bagi setiap kilometer bermula 1 April ini.
Makin gatal kepala aku. Ada insan suruh aku pahami apa itu GST ! Kalau aku paham , aku kena redha je la segala kenaikan ini yang mana kononnya untuk pembangunan negara ? Kenapa tak buat dari awal tahun ari tu je terus ? Kenapa kena tunggu April ? Hurm.. aku tertanya tanya ni ..
Yang pasti , aku tak leh kunjungi dah restoran feveret aku atau kalau nak jugak , aku kena mintak mangkuk lebih , gelas lebih setiap kali order makanan dan minuman.. Bahagi dua ! Jimat la kan ? Hehehhe.. Contoh.. mee kari , kongsi dua.. Air suam , bawak dari rumah jer .. Tu kalau teringin sangat la kan ? Yelah , kalau dah mee kari semangkuk jer dah berharga RM20 ! Haaa !!
Aku masuk pasaraya sekarang ni untuk cari barang dapur.. Confirm lebih RM100 punya !
Entah la.. aku tak salahkan kerajaan pon. Memang kerajaan bertujuan memajukan negara tercinta ni. Harapnya bila dah maju nanti , takde dah masalah masalah yang kita hadapi sekarang ni .. Maklumlah , sekarang ni kita tak maju lagi ! Maka banyak la masalah sana sini .. Kan ?
Kalau ada lebihan wang rakyat , leh beli jet peribadi lagi.. Jangan risau.. Rakyat memahami keperluan kerajaan.. Segalanya adalah untuk kebaikan negara. Kan ? Hanya Allah Maha Mengetahui..
Sebab tu aku padamkan cita cita aku jadi Perdana Menteri. Kalau aku jadi Perdana Menteri ,aku nak jet bertatah berlian ! Dari darat leh nampak dah tu jet aku .. kan ?
Selamat Datang GST .. Selamat Datang ..