Terkagum sejenak aku.. Hahahaha.. Dalam hati..
“ Adusssss… confirm sedap giler ni ! “
Nasi Mandi adalah salah satu makanan kegemaran aku ketika aku lapar sungguh ! Hehehe.. Kalau aku betul betul kelaparan , memang aku akan cari nasi mandy. Berbaloi makan..
Itu antara juadah aku nampak yang bakal disajikan di Hotel Perdana sempena Ramadan yang bakal tiba nanti. Ahaaa.. itu baru satu ! Ada lebih 188 sajian yang bakal dihidangkan nanti ! Heheheheh.. larat ngan tak larat je nak makan nanti ! Tapi aku rasa , confirm larat.. kan kan ?
Bagi peminat kambing bakar , yesss ! Jangan lepaskan peluang ini.. Baik punya bakar woooo ! Sangat menyelerakan sama sekali.
Hurmm.. Tak suka kambing ? Hahahaha.. Jangan risauuuu ! Boleh gi makan makanan lain.. Macam macam adaaaaaaa ! Aku sendiri pon kalau boleh nak kuasakan 7 diri aku ni ! Haaa.. Tapi aku bukan BoboiBoy ! Tak mampu aku.. Mampu makan skit skit jer..
Jom cuci mata dulu.. Kalau terliur , maafkan aku. Bukan niatku… uhuk !
Ni skit je ni.. Aku tak leh tunjuk banyak.. Sebab masa aku amik gambar makanan ni , aku terliur sama. Maka , untuk elakkan korang pon turut terliur , lebih baik aku simpan je la gambar gambar tu..
Apa ? Nak tengok gak ??? Hurm… jap..
Kalau tak suka makan makanan yang berat berat , kuih muih pon banyak dihidangkan.. Roti.. pelbagai pilihan menu Arab, Indonesia dan Thai nanti akan dihidangkan di sini , senang cakap laaa ! Haaaa..
Menariknya , berbuka nanti di tepi kolam renang.. Permandangan yang rileks.. santai.. tak yah berebut rebut nak makan ! Stok banyak…
Ok… Sapa chefnya ? Menurut En.Taha Zainal selaku Pengurus Besar di Hotel Perdana Kota Bharu , Eksekutif Chef Ibrahim Abu Lasi, akan menyediakan menu berbeza dan ianya akan dihidangkan secara bergilir-gilir untuk 6 hari pusingan.
Tambahnya lagi , Iftar Ramadan yang berkonsepkan Ramadan Bazaar @ Perdana akan menawarkan sajian dari seluruh Malaysia termasuk pilihan menu Arab , Indonesia dan Thai. Konsep ini telah menjadi ‘signature’ Iftar Ramadan di Hotel Perdana Kota Bharu selama lebih 3 tahun.
Antara menu baru yang diperkenalkan untuk Iftar Ramadan tahun ini adalah Kibas Panggang , Ayam Tempayan , Murtabak , Rendang Kerang dengan Daun Pegaga dan gerai Kebab Ayam.
5 masakan kawah turut disediakan termasuk Kari Kambing Gearbox , Sup Merah Tulang Rawan , Kari Kepala Ikan , Gulai Ayam Kampung Sumatera dan Masak Lemak Daging Salai Pucuk Ubi.
Pilihan sup termasuklah Sup Torpedo , Sup Tulang Rawan dan Bubur Lambuk Daging Rusa . Menu hidangan utama ialah Nasi Mendy , Mendy Kambing dan Ayam , Stik Daging Stail Cina , Kari Sotong dengan Nenas , Masak Lemak Perut dengan Rebung , Dalcha Sayur dengan Tulang Kambing , Lo Hon Chai.
Manakala pencuci mulut lak ada Ais Krim Goyang , Sago Gula Melaka , Krim Karamel , Pulut Tapai , Ais Kacang serta pilihan kek dan kuih muih Melayu.
Harga ???
RM78 nett seorang dan diskaun 50% akan diberikan kepada kanak kanak berumur 4 –12 tahun. Diskaun untuk tempahan awal turut ditawarkan pada harga RM60 nett seorang dan promosi pembelian baucer tempahan awal sah bermula RM20 April – 10 Mei 2016 ! Sila beli cepat kerana.. berbaloiii sangat !
Iftar untuk majlis persendirian atau koporat juga boleh diatur di dewan dewan dengan harga RM60 nett untuk tempahan minima 50 orang.
Dan untuk pengetahuan korang , setiap pembelian RM1 akan disumbangkan kepada rumah kebajikan yang terpilih.
Ahaaa.. tunggu apa lagi ? Kalau ada perancangan untuk berbuka puasa beramai ramai atau dengan rakan pejabat , sila buat tempahan sekarang ..
Sebarang persoalan , sila ke :
Laman Web : www.hotelperdanakotabaharu.com
Facebook : Hotel Perdana Kota Bharu
Instagram : #hotelperdana_kotabharu