Pagi tadi aku ada terbaca di sebuah kolum hiburan akhbar tempatan mengenai Diana Amir ni .. Dia agak tertanya-tanya mengapa Diana menutup aurat secara tiba-tiba ? Apakah kerana permintaan sapa sapa ??
Aku tak tertanya langsung. Allah kalau beri hidayahNya , sedang makan pon leh insaf ! Jadi , bagi aku adakalanya berlaku sesuatu peristiwa itu di luar jangkaan kita maka biarkan saja dan terima. Satu hari nanti , pasti akan ada jawapannya ..
Maka , alhamdulillah .. Diana Amir berkongsi dengan kita semua , mengapa dia menutup aurat ! Menurut Diana Amir menerusi Mstar ,
"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
"Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," .
"Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan.
"Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya," katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.
Jelas Diana lagi, selepas berniat untuk berhijrah, dia beberapa kali bertemu dengan pelakon Irma Hasmie untuk mendapatkan pandangan dan sokongan.
"Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.
"Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka," tuturnya.
Syukur pada Allah .. Bab rezeki tu , Diana .. Jangan risau .. Ini bumi Allah.. Rezeki di mana mana .. Jangan sangka dengan berlakon saja boleh dapat duit kan ? Banyakkan berdoa agar dimurahkan rezeki ... InsyaAllah ..
Gambar & info dari Mstar