Tak dinafikan , di zaman sekolah laaaa kita nakal ! Maklumlah , ramai kawan kawan kan ? Heeee … Meriah gitu .. Tapi bila dah ramai kawan , jangan la pulak dok buat sesuatu yang mampu mendatangkan kecederaan terutama bila bergurau kasar ! Hati hatilah ..
Di Terengganu , gara-gara gurauan melampau rakan karibnya, seorang pelajar sebuah pondok pengajian agama di Kuala Ibai di sini, terpaksa memakai pek membuang najis pada perutnya buat sementara waktu selepas usus di bahagian duburnya bocor akibat tertusuk batang penyapu yang sudah patah, kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika Mohamad Firdaus Zakaria, 14, bergayut pada bingkai pintu asrama tanpa menyedari rakannya memegang batang penyapu terbabit secara menegak di bawah tempat dia bergayut.
Menceritakan kejadian terbabit, menurut Firdaus, sejurus melepaskan tangan pada bingkai pintu berkenaan, dia terjatuh tepat atas batang penyapu itu dipegang rakannya menyebabkan tertusuk ke dalam duburnya.
Menurut Harian Metro mangsa yg dalam keadaan menahan sakit, memegang batang penyapu itu yang masih berada pada punggung dan berusaha selama lima minit sebelum dapat mengeluarkan batang penyapu itu.
Bila dah jadi menda gini , sapa yang susah ? Semua orang susah !! Haihh .. fikir dulu sebelum nak bergurau !