Memalukan .. Tu satu perkara yang ingin aku cakap dari dulu lagi .. Tikus bukan lagi mainan kucing ! Di Kuala Lumpur , size tikus hampir sama besar dengan anak kucing yang berusia beberapa bulan ! Malah paling best boleh nampak HAMPIR di mana mana kedai makan sekitar Kuala Lumpur ..
Rumah lama aku di Cheras , terdapat satu kawasan kedai makan tepi jalan yang popular .. Mmg ramai punya g makan situ setiap malam .. Ada yang sedap ada yang biasa biasa .. Ikut tekak masing masing la kan .. Tikus ? Jangan cerita laaa .. boleh muncul depan korang seolah dia tu kucing siam ! Kira tak segan la .. ala ala dia fikir dia comel gitu .. padahal ?
Baru baru ni , ada rakan aku bagitau .. seorang pelanggan kedai makan disitu dimasukkan ke hospital kerana disyaki terkena jangkitan kencing tikus !! Benar atau tidak berita ini , sepatutnya kita amik tindakan dengan berhati hati .. Jangan sampai terkena pada kita atau ahli keluarga kita mahupun jiran tetanggga ..
Hurmm.. Aku bukan kata semua kedai atau restoran tu kotor .. Segelintir jer ..Tak guna juga kedai yang kita pergi tu bersih manakala kedai sebelah tu kotor .. Tikus akan datang juga .. Nak salahkan sapa ?
Jangan makan di kedai ? Hiskh.. aku bukan la kata gitu .. Aku suka gak makan di kedai .. cuma aku berharap pihak berkuasa tempatan ambil berat perkara ini dan juga sikap peniaga yang diharapkan lebih menjaga kebersihan kawasan perniagaan mereka .. Kalau semua orang pakat tak nak datang lagi camana ? Semua pakat masak je kat rumah ? Sapa rugi ? Hurm.. fikirkan je la ye ..