Berapa ramai antara kita sanggup berkongsi kata laluan dengan mereka yang menyayangi kita ?
Baru-baru ini seorang gadis dipercayai hilang ditemui semula dengan bantuan FACEBOOK yang mana ayahnya masuk ke akaun anaknya dan kemudian menjumpai maklumat penting di dalamnya yang membawa kepada penemuan anaknya itu.
Mungkin ada antara kita tidak selesa dengan berkongsi kata laluan tapi bagi aku , jika sebagai seorang anak yang masih di bawah jagaan ibubapa , maka sepatutnya mereka mengetahui kata laluan FACEBOOK demi keselamatan anda juga.
Jangan amalkan cara anak anak di barat yang kononnya bila dewasa sedikit maka perlu ada ruang peribadi untuk mereka dan akhirnya di usia muda dah terdedah dek masalah sosial yang teruk.
Janganlah rasa besar diri dengan mengatakan sudah matang padahal diri tu masih lagi keanakan dan perlukan bantuan orang tua kita.
Cuba melatah atau terjatuh. Siapakah yang akan disebut dahulu. Mak , ayah atau nama boyfriend ? Ibu bapa kita adalah segalanya bagi kita.
Kalau buat mereka yang dah berkahwin tu, ada yang berkongsi kata laluan dan ada yang tidak. Itu terpulang pada masing masing. Mungkin dengan membina kepercayaan dan kejujuran maka pasangan tidak perlu ada rasa syak wasangka pada aktiviti di dunia maya. Bagi mereka yang punya rasa cemburu , selamat hidup dengan hati yang senantiasa membara kepanasan ! Hehehe..
Nasihat ... buang jauh jauh rasa cemburu dan percaya pada Allah. Mereka tipu , mereka dosa dan mereka yang berpenyakit. Kita hidup sekali saja dan nak tenang senantiasa. Apa guna hidup menderita dengan menyimpan syak wasangka ?