Mula mula aku nak ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi singgah dan memberi komen di setiap entri aku ... Aku baca setiap entri tu dan jika perlu aku respon , aku respon ..jika korang sekadar meninggalkan pendapat atau jejak , aku hargainya.. jika nak kritik , silakan tapi pastikan membina dan berfakta .. Gunakan bahasa yang menunjukkan 'status' korang .. Jangan lupa ada yang membaca komen tu ..
Ok.. aku nak bagi satu tips mendapatkan kestabilan trafik di blog korang .. Kestabilan ini juga membantuk korang mendapatkan $$ yang agak cun sekiranya korang mempunyai BE ..
Kalau benar korang nak serius untuk meningkatkan taraf blog korang tu , maka tolak tepi segala alasan .. Tiada alasan untuk kejayaan.. Kalau benar tiada masa , curik masa yang ada ..
Mudah jer .. setiap entri yang buat , biarlah santai .. bersahaja.. ringan dan berinfo.. biar ringkas tapi padat .. Jangan mengarut dan paling penting ialah penggunaan bahasa .. Tolong gunakan bahasa Melayu yang betul .. Fahamkan maksud aku bila aku kata bahasa melayu yang betul ? Tapi kalau korang nak guna bahasa rojak tu gak , terpulang la.. ikut selera blogger tu sendiri ..
Ok... mulakan hari anda dengan post 1 entri pada tengah malam ..Satu entri yang mempunyai cerita yang menarik .. Tajuk yang diberi pada entri itu perlu menarik mata .. Tapi ingat ..tajuk dan cerita adalah selari .. Jangan tarik pembaca dengan tajuk tapi cerita mengarut ! Kena kutuk nanti ..
Trafik dari kul 12 tengah malam hingga 8 pagi
Kemudian .. satu entri lagi di antara pagi hingga tengahari .. Kalau kerja , sampai sampai opis , post la satu entri..sebelum g makan .. curik 5 minit untuk satu entri jer .. dari buang masa makan sambil melepak baik 'hidupkan' blog tu ..
Entri ketiga , post di antara petang ke malam ... Buat student , takkan takde masa langsung ? Aku perhatikan , mereka banyak masa ngadap FACEBOOK dan YM tapi kata takde masa ? 5 minit pon takde masa? hurm.. pelik gak aku sebenarnya..
Ini tips yang aku bagi pada mereka yang seringkali kata ingin berjaya dan meningkatkan taraf blog .. Segalanya bermula dari usaha .. Usaha tangga kejayaan.. Jangan asik mengeluh ingin berjaya tapi kaki tak melangkah langsung !
Dan akhir sekali , buang sikap memberi alasan sibuk atau takde idea .. Idea , kalau korang boleh berborak dengan kawan kawan ,bermakna korang ada idea .. Anggap setiap kali korang post entri tu , korang borak dengan kawan .. Pembaca adalah kawan borak korang .. Haa.. gunakan cara ni .. InsyaAllah ..
Tu je la .. Mahu atau tidak , tepuk dada tanya .... tepuk pelan pelan yer .. Mulakan dengan itu untuk membuktikan blog korang itu 'hidup' 24 jam ..
Tok Esah kata ..
Selamat malam semua cucu Tok Esah. Semoga Sihat2 blake (semua). Hurm, Tok minta maaf sangat2 kerna tak sempat nak update Blog ni tuk hari ni dan membalas kunjungan sahabat2 sekalian. Sekali lagi Tok menyusun seribu kemaafan. Mungkin ada yg tertanya2 apa yg dah terjadi kat tok kan>..?? haha (amek berat juga kat tok ni)
Alhamdulillah Tok sihat sahaja tapi keadaan tak mengizinkan tok nak update blog dan membalas kunjungan semua. Almaklumlah, tok busy sket sejak dua menjak ni. Kena belajar bio, Chem, com, Bi, Arab dalam satu hari. Nak pengsan tok rasanya. Huhuhuhhu
So daripada membuang masa buat kerja tak berfaedah, tok ada terserempak dgn satu makhluk ni.. erkkk, bukan makhluk tuhan paling seksi, Mulah Jamilah nyanyi tu...Ni makhluk yang tak bernyawa atau dalam kata yg lebih mudah difahami...