Jangan mudah putus asa selagi bernafas …. Bertarung , samada berjaya atau tidak , biar mati bermaruah ..
Jangan mudah putus asa selagi bernafas …. Bertarung , samada berjaya atau tidak , biar mati bermaruah ..
Haaa.. sapa sapa mau beli Iphone , ipad , blackberry , samsung , Htc , Ipod .. macam macam lagi laa.. Murah murah murah… mari mariii… Meh klik SINI
Keypadlock atau pad wanita takde dijual di situ yer …
Bila orang kata sektor ‘ tu ‘ terlalu banyak karenah birokrasi , tau pulak marah padahal mmg ya pon ! Huh ! Yang pandai bodek , naik atas .. Yang kerja keras , teruskan sapu sampah !
Aku tengah sangat bengang tika dan waktu ini ! Sila jauhi saya !
Jangan tak tau ! Memang ada lelaki gay walaupun dah berkawin. Tu semua nak coverline jer .. Bukan nak tabur fitnah tapi inilah hakikat masalah dunia sekarang .
Hurm.. Semakin ramai gay di Malaysia.. Tak tau la dari mana diorang belajar semua ni. Internet ? Sewaktu studi di luar negara ? Atau genetik ?? Biar betik !
Di Facebeook , jangan cerita la bab gay ni .. Berlambak ! Tu si Baskoro Ahmad yang guna gambar aku di profile palsunya tu , penuh cerita pasal gay ! Tak pasal pasal aku lak yang kena !
Dalam Harian Metro hari ni , “Tanpa diketahuinya, saya pulang awal ke rumah dan sejurus tiba saya nampak ada lelaki lain yang tidak berbaju bersama suami di dalam bilik tidur kami. “Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat,” katanya.
Selepas kejadian itu, perasaan Liza semakin kuat mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena terutama apabila membaca SMS berunsur lucah di dalam telefon bimbit milik suami dan perbualan di laman sosial facebook suaminya juga ada banyak perkataan lucah.
“Saya juga menemui e-mel berunsur lucah selain gambar bogel lelaki dan perempuan. Lebih mengejutkan, semua gambar dan e-mel lucah yang diterima suami datangnya daripada lelaki.
“Saya sungguh sedih, lebih-lebih lagi bila terbaca perbualan kotor suami saya dengan pasangan gaynya,” katanya.
Hurm… entahlah… nak kata apa dah … Bagi la hadis atau petikan dari Al-Quran , selagi dok bertuhankan nafsu songsang tu selagi tu la macam tu ..
Semoga Allah beri hidayah pada golongan ini … Amin..
Bila sampai masa untuk tidur , maka tidurlah … Mereka sanggup mengadaikan nyawa untuk dapatkan rehat sebentar tetapi kita ?? Hehehe..
Badan sihat , otak pon cerdas kan ? Badan yang sihat bermula dari rehat yang cukup … Jadi , apa tunggu lagi ? Jom la tidur …
“ Ahhh … tensen !! Takda sapa' nak baca blog aku !! Penat je tulis macam macam .. Tapi ??? “
Tensen ??? Kenapa nak tensen ??? Kembali ke niat kita berblog .. Apakah kerana kita minat ? Atau sebenarnya nak mendapatkan pendapatan melalui blog ?
Tak salah pon kalau nak menambahkan pendapatan tapi yang salah ialah cara kita pasarkan blog kita .. Sekarang ni ada pelbagai strategi dan yang penting ialah modal untuk memasarkannya.
Jika nak cepat , iklankannya .. Jika tiada modal , maka perlahan-lahan kayuh .. Segalanya memakan masa bukan ? Mana ada orang terus kaya bila buat bisnis ??
Tetapi jika suka suka , pedulik apa la kan ada ke takde orang nak baca ! Jadi , kenapa nak putus asa ? Bukankah itu satu cabaran yang menarik ?? Gunakan segala ilmu yang dibelajar di sekolah mahupun dengan pengalaman kehidupan kita ..
Blog adalah satu produk korang .. Bagaimana nak bagi orang yang tak dikenali singgah ke blog kita ? Menarik bukan .. Satu cabaran.
Tolonglah .. Ramai blogger bermuka muka dalam dunia blog kita ni .. Depan kita , ceritanya begini … Belakang kita , ditikamnya kita mati..
Kadang-kadang bila seseorang blogger tu sudah punya nama , ada yang menghimpit untuk mengorek rahsia dan seterusnya bila ada peluang untuk mengenakan kembali , maka beramai ramailah akan menyertai mereka.. Ini hakikat dalam dunia blog mahupun dunia realiti.
Sebenarnya isu ini mudah saja .. Blogger yang bermuka muka ni tak bersalah .. Mereka cuma terkeliru .. Tak tau apa mereka nak buat dalam dunia blog ini lalu terikut rentak blogger lain yang ingin cepat naik dengan menjatuhkan blogger lain .. Dalam erti kata lain , tiada isu untuk diceritakan dalam blog lalu mencari isu panas..
Sepatutnya blogger di Malaysia ni bersatu .. Mana tau satu hari nanti ada pihak cuba menjatuhkan blogger , kita inilah yang akan mempertahankan .. Sapa lagi nak pertahankan blogger kalau bukan blogger ??
Cuba kita sama sama fikir .. Kalau blogger bersatu dan kukuh , sapa yang untung nanti ? Ibarat MTUC , CUEPACS dan lain lain persatuan NGO .. Kita ni baru berblog tapi dah berpuak puak .. Bagaimana kita nak maju ??
Entri ini tiada kaitan dengan sapa sapa .. Jika bijak , berfikirlah dengan akal yang ada ..
‘
Haa.. ada orang google dengan keyword , ‘ kat mana ada jual pistol ‘ .. Perghh.. bahaya betul laaa orang sekarang ni.. Cari pistol buat apa ???
Nasib baik aku ada jual pistol.. nak yang mana satu ?
Atau tak best yang ini ?? Cuba yg bawah ni pulak ..
Haaaa.. Dah tau nak pilih yang mana ???
OK.. kalau dah tau , bolehlah hubungi Rakan Cop yang berhampiran. Siap diskaun lagi diorang bagi.. Jangan risau , dapat free peluru punya .. OKeh ?
Gud luck..
Tadikan , lepas gym.. solat maghrib … aku ngan wife g la mencekik kat Soho, Bangi tu haaa… Teringin nak makan sup kat atas tu … Heehe.. Teringin la sangat ehh.. macam aku lak yang mengandung ..
Bla bla bla bla… maka order pon sampai… Sebelum makan selepas membaca bismillah , aku pon amik gambar ni dan post ke FB.. Dah macam buang tebiat orang sekarang ni kan ? Skit skit FB .. skit skit , blog.. Skit skit tweet.. semua nak kasi orang tau .. Sebenarnya penting gak woo.. mana tau lepas tu kita kena culik ke , orang tau la kat mana kita untuk kali terakhir kan ? Hehehe.. mengarut la tuuu..
OK sambung .. Tajuk aku kat wall FB aku tu , Cuba Teka Sup Apa Ni ? Maka ramai laaa menekanya .. Ramai gak yang betul tapi aku dah niat ,sapa paling pantas dialah yang akan aku promote blognya malam ini..
Nak tauuu sapa ???? Jom kita tengok blognya .. Apakah kelebihan blognya sehinggakan dia tau sup apa kat atas tu.. Kalau tanya aku , aku mesti jawab SUP YANG DIA ORDER .. HEHEHE..
Meh kita ke blognya .. Klik SINI .. Bagus arr.. sekali teka jeee..