Wahai ahli parlimen Malaysia .. Ingatlah .. Anda berkhidmat untuk rakyat .. Berkhidmatlah dengan ikhlas sebagaimana rakyat berkhidmat untuk negara mereka ..
Wahai ahli parlimen Malaysia .. Jika ingin gaji lebih , maka buatlah bisnis part time sebagaimana rakyat Malaysia buat .. Juallah korset Hi-O atau bukalah gerai burger.. Nak lagi best , buat blog dan letaklah iklan Nuffnang.. Kalau trafik tinggi , bolehlah guna Innity.. Masyuk wooo..
Ala Datuk-Datuk sekalian , kalau tak cukup .. toksah jadi ahli parlimen dah.. Bersara jeee.. Ramai lagi nak ni.. Tuuu.. Yang baru lepas keluar dari universiti tuuu.. Teringin nak jadi YB ..
Aku ?? Maaf la.. tak layak untuk memimpin manusia.. Aku sedar diri aku ini yang tak mampu melawan hasutan syaitan .. :)
"Ketika ini, Ahli Parlimen negara ini memperoleh RM6,500 sebulan dan paling rendah berbanding Singapura (RM33,589), Indonesia (RM18,111) dan Thailand (RM11,534).
Isu pembatalan kenaikan gaji dan elaun ahli Parlimen merancakkan persidangan Dewan Rakyat apabila beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan pembangkang bertikam lidah mengenai cadanganberkenaan.
Kekecohan berlaku apabila Datuk Baharom Mohamad (BN-Sekijang) menyifatkan ahli Parlimen pembangkang sebagai hipokrit kerana menolak cadangan kenaikan gaji dan elaun seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam Bajet 2012. " . Selanjutnya - Mstar
Sumber : DezamanCottage